SJ-05-0117 : Tertinggal rakaat sembahyang berjemaah.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0117 : Tertinggal rakaat sembahyang berjemaah.

:salam ,

Bila kita tertinggal rakaat dalam sembahyang berjemaah, apabila imam beri salam kita akan bangun untuk sambung rakaat yang tertinggal.

Saya perhati ada 2 gaya yang bangun sambung rakaat itu:

Kumpulan 1: Sebaik saja imam beri salam yang pertama, merekapun bangun.

Kumpulan 2: Mereka tunggu imam habiskan salam yang kedua baru mereka bangun.

Soalan saya, mana satukah yang sah dan patut dibuat? Adakah kedua-dua cara itu sah? Minta beri dalil.

Shukran.

SJ-05-0117 : Tertinggal rakaat sembahyang berjemaah.

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan zwink dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memberi salam didalam solat menandakan solat telah tamat. Sabda Nabi :saw :-

ãÝÊÇÍ ÇáÕáÇÉ ÇáØåæÑ æÊÍÑíãåÇ ÇáÊßÈíÑ æÊÍáíáåÇ ÇáÊÓáíã
"Kunci solat adalah bersuci, tahrimNya (mula) adalah takbir dan tahlilNya (tamat) ialah salam" [Hadith dikeluarkan oleh al-Sunnan].

2 keadaan diatas menunjukkan samada satu atau dua salam mencukupi didalam solat. Perkara ini merupakan khilaf dikalangan empat Mazhab. Mazhab Syafie dan Mazhab Maliki mengatakan satu salam mencukupi, manakala yang mengatakan perlu 2 salam adalah Mazhab Hanbali (fardu) dan Mazhab Hanafi (wajib).

Berikut adalah diantara dalil2 nya:

a. Satu salam

Dari A'isyah ra. bekata bahawa

ßÇä ÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÓáã ÊÓáíãÉ æÇÍÏÉ ÊáÞÇÁ æÌåå.
"Rasulullah :saw memberi salam satu kali sahaja menghala kehadapannya" [Hadith Riwayat Ibn Majah]

Dari Salamah bin al-Akwa' berkata :-

ÑÃíÊ ÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÓáã ÊÓáíãÉ æÇÍÏÉ
"Aku melihat Rasulullah :saw memberi salam satu kali sahaja" [Hadith Riwayat Ibn Majah]

b. Dua (2) salam

ßÇä íÓáã Úä íãíäå æíÓÇÑå «ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉÇááå» ÍÊì íÑì ÈíÇÖ ÎÏå
"Nabi :saw memberi salam kekanan dan kekiri "Assalamu'alaikum warahmatullah,Assalamu'alaikum warahmatullah" sehingga melihat pipinya yang putih" [Hadith riwayat Ahmad 1/390, Muslim 2/91, Abu Daud # 996, al-Nasaai 1/195, al-Tirmudzi 2/89, Ibn Maajah #914 dll.]

Dari 'Amar bin Saed dari bapanya, berkata :

ßäÊ ÃÑì ÇáäÈí Óáã Úä íãíäå æÚä íÓÇÑå ÍÊì íÑì ÈíÇÖ ÎÏ
"Aku telah melihat bahawa Nabi :saw memberi salam sebelah kananNya dan kiriNya sehingga kelihatan pipinya yang putih" [Hadith riwayat Ahmad, Muslim, al-Nasaai dan Ibn Maajah].
---------------

Mana yang lebih sahih? Perkara ini dilihat kepada hadith mana yang lebih sahih. al-Syawkani rh. mengatakan bahawa hadith yang menyatakan 2 salam pendapat yang lebih benar kerana statusnya adanya Sahih dan ada yang Hasan. Manakala hadith yang mengatakan 1 salam cuma bertaraf Dhaif (lemah) [al-Lajnah al-Daa'imah, 7/69, fatwa no:2294].

Menurut Ibn Baaz rh :

ÐåÈ ÇáÌãåæÑ ãä Ãåá ÇáÚáã Åáì Ãä ÇáÊÓáíãÉ ÇáæÇÍÏÉ ßÇÝíÉ áÃäå ÞÏ æÑÏ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍÇÏíË ãÇ íÏá Úáì Ðáß ¡ æÐåÈ ÌãÚ ãä Ãåá ÇáÚáã Åáì Ãäå áÇ ÈÏ ãä ÊÓáíãÊíä áËÈæÊ ÇáÃÍÇÏíË Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈÐáß ¡ æáÞæáå : (ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí) ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí Ýí ÕÍíÍå . æåÐÇ ÇáÞæá åæ ÇáÕæÇÈ .
æÇáÞæá ÈÅÌÒÇÁ ÇáÊÓáíãÉ ÇáæÇÍÏÉ ÖÚíÝ áÖÚÝ ÇáÃÍÇÏíË ÇáæÇÑÏÉ Ýí Ðáß ¡ æÚÏã ÕÑÇÍÊåÇ Ýí ÇáãØáæÈ ¡ æáæ ÕÍÊ áßÇäÊ ÔÇÐÉ áÃäåÇ ÞÏ ÎÇáÝÊ ãÇ åæ ÃÕÍ ãäåÇ æÃËÈÊ æÃÕÑÍ ¡ áßä ãä ÝÚá Ðáß – íÚäí : Óáã ÊÓáíãÉ æÇÍÏÉ - ÌÇåáÇð Ãæ ãÚÊÞÏÇð áÕÍÉ ÇáÃÍÇÏíË Ýí Ðáß ÝÕáÇÊå ÕÍíÍÉ .

"Jumhur ulama mengatakan bahwa satu salam memadai kerana terdapat dalil dari beberapa hadith. Akan tetapi, beberapa kumpulan ulama' menyatakan bahawa 2 salam adalah perlu kerana lebih tepat hadith2 dari Nabi :saw yang membuktikan begitu, dan kerana sabda Nabi :saw 'Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat' [Hadith Sahih al-Bukari]. Pandangan ini lebih benar.

Pandangan 1 salam adalah memadai adalah lemah, disebabkan hadith2 yang diriwayatkan itu Dhaif (lemah), dan terdapat keraguan didalam riwayat2. Jika terdapat yang sahih maka ia adalah shaaz, kerana bertentangan dengan hadith2 yang sahih, lebih benar dan lebih jelas. Akan tetapi bagi mereka yang melakukan ini : iaitu 1 salam, kerana jahil atau mempercayai bahawa hadith2 tersebut sahih, solatnya masih sah" [Tuhfat al-Ikhwaan, ms. 112].

Kesimpulan, menunggu salam yang kedua lebih benar pandangannya.

WA, wassalam.

خيرالأمين