SJ-06-0027 : Jamak Sahaja

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0027 : Jamak Sahaja

:salam

Saya inginkan sedikit kepastian berhubung 2 kes ini.

Kes 1
Katakan saya sedang bermusafir pada waktu Zuhur dan saya kira saya akan tiba di rumah pada waktu Asar. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak takhir di rumah (tanpa qasar)?

Kes 2
Katakan saya akan bermusafir dan waktu Zuhur sudah masuk. Kemuskilan saya ialah bolehkah saya solat jamak taqdim di rumah (tanpa qasar)?

Kedua-dua kes di atas ialah kerana sukarnya mencari tempat solat semasa musafir (kerana di luar negara dll.).

Diharapkan bantuan drp. ahli penal. Saya cuba mencari di arkib tapi tiada yg. seperti masalah ini.

Sekian, jazaakumullahukhaer.

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr shah_reza dengan kadar kemampuan yang ada.

Solat Jama' hukumnya Jaaiz (boleh) atau Harus (Mubah), iaitu ia tidak dilarang (Mamnuu'). Kesemua mazhab mengatakan bahawa solat Jama' ini diperbolehkan (Jaaiz), dan bukan mustahab (digalakkan), meninggalkannya adalah lebih baik, ia merupakan Ruhsah; kerana meninggalkannya menjauhkan seseorang dari khilaf (perselisihan) ulama'. Kerana didalam Mazhab Abu Hanifah rh., sesungguhnya adalah tidak dibenarkan menjama'kan solat diantara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya', kecuali di Muzdalifah; kerana 'illahnya disisinya adalah - Solat jama' ini adalah dari Bab Haji dan bukan dari Bab Uzur. Jumhur melihat pandangan ini sebagai pandangan yang lemah. [al-Sharh Mumthi' - Jld 2, Kitab Solah - Bab Solat Ahli Uzur, Daar al-Ansar, 2003, ms 213].

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh [al-Sharh Mumthi', 2/214], padangan sahih ialah Solat Jama' ini sunnah sebab :-

a. Sesungguhnya ia merupakan Ruhsah (kelonggaran) yang diberikan oleh Allah swt [kepada hambanya]. Allah swt menyukai hambanya yang mengambil ruhsahnya.

b. Ia merupakan amalan ikutan kepada Nabi :saw, dimana beliau melakukan solat jama' apabila wujud sebab yang membolehkan untuk menjama' solat. Ini juga termasuk didalam makna umum hadith baginda : Solatlah kamu sebagai kamu melihat aku Bersolat [hadith Riwayat Bukhari #605].

Menjama'kan solat diperbolehkan apabila berlaku kesukaran. Menurut Ibn Utsaimin, apabila timbul kesukaran maka diperbolehkan menjama' solat, contohnya kesukaran mengambil wudhu' dsb. Beliau mengatakan kesukaran (Musyaqqah) itu pelbagai (æÇáãÔÞÇÊ ãÊÚÏÏÉ). Allah swt sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya yang menghadapi kesukaran. Firman Allah swt :

íõÑöíÏõ Çááøóåõ Èößõãõ ÇáúíõÓúÑó æóáóÇ íõÑöíÏõ Èößõãõ ÇáúÚõÓúÑó
dir="ltr">"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

æóãóÇ ÌóÚóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ãöäú ÍóÑóÌò
dir="ltr">"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. membenarkan Solat diJama'kan berdasarkan musyaqqah yang ditimpa, atau katanya Solat Jama' disebabkan hajat. Menurut beliau :-

ÝÞåÇÁ ÇáÍäÇÈáÉ ááãÓáã æááãÓáãÉ ÇáÌãÚ Èíä ÇáÙåÑ æÇáÚÕÑ¡ Ãæ Èíä ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍíÇä áÚÐÑ ãä ÇáÃÚÐÇÑ . æåÐÇ ÊíÓíÑ ßÈíÑ¡ ÝÞÏ æÑÏ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÌãÚ Ýí ÛíÑ ÓÝÑ æáÇ ãØÑ¡ ÝÓÆá Ýí Ðáß ÇÈä ÚÈÇÓ ÝÞíá áå: ãÇ ÃÑÇÏ ÈÐáß¿ ÝÞÇá: ÃÑÇÏ ÃáÇ íÍÑÌ ÃãÊå .. æÇáÍÏíË Ýí ÕÍíÍ ãÓáã. ÝÅÐÇ ßÇä åäÇß ÍÑÌ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍíÇä ãä ÕáÇÉ ßá ÝÑÖ Ýí æÞÊå¡ Ýíãßä ÇáÌãÚ¡ Úáì ÃáÇ íÊÎÐ ÇáÅäÓÇä Ðáß ÏíÏäðÇ æÚÇÏÉ¡ ßá íæãíä Ãæ ËáÇËÉ .. æßáãÇ ÃÑÇÏ ÇáÎÑæÌ Åáì ãäÇÓÈÉ ãä ÇáãäÇÓÈÇÊ ÇáßËíÑÉ ÇáãÊÞÇÑÈÉ Ýí ÇáÒãä. ÅäãÇ ÌæÇÒ Ðáß Ýí ÍÇáÇÊ ÇáäÏÑÉ¡ æÚáì ÞáÉ¡ áÑÝÚ ÇáÍÑÌ æÇáãÔÞÉ ÇáÊí íæÇÌååÇ ÇáÅäÓÇä. ÝãËáÇ¡ ÔÑØí ÇáãÑæÑ ÅÐÇ ßÇäÊ äæÈÊå ÞÈá ÇáãÛÑÈ Åáì ãÇ ÈÚÏ ÇáÚÔÇÁ¡ Ýáå Ãä íÌãÚ ÇáãÛÑÈ ãÚ ÇáÚÔÇÁ ÌãÚ ÊÞÏíã Ãæ ÊÃÎíÑ¡ Úáì ÍÓÈ ÇÓÊØÇÚÊå. Ãæ ØÈíÈ íÌÑí ÚãáíÉ áãÑíÖ¡ æáÇ íÓÊØíÚ ÊÑßåÇ¡ íãßäå Ýí åÐå ÇáÍÇáÉ Ãä íÌãÚ ÌãÚ ÊÞÏíã Ãæ ÊÃÎíÑ ..
dir="ltr">"Ulama' Hanbali membenarkan bagi Muslimin dan Muslimat menjama'kan diantara Zohor dan Asar, atau diantara Magrib dan Isya' kadang-kala kerana 'uzur daripada ke'uzuran. Ini adalah kemudahan yang besar! Ia datang dari Nabi saw menjama' tanpa bermusafir dan tanpa hujan, maka Ibnu Abbas pun ditanyakan kepadanya: Apakah maksud perbuatan itu? Kemudian beliau berkata : Dia tidak mahu menyempitkan umatnya .. Hadis dari Shahih Muslim.

Maka disana jika ada kesempitan kadang-kala bagi menunaikan solat setiap fardu dan waktunya, maka dibolehkan jama', dan bukanlah kepada mereka yang menjadi tabiatnya, setiap hari atau tiga kali...dan bilamana ia ingin meninggalkan keadaan yang sempit dari pelbagai tanggungan didalam waktu tersebut, sesungguhnya keadaan yang jarang berlaku itu dibenarkan, dan ianya sedikit, maka kesempitannya diangkat terhadap masalah yang sedang dia hadapinya.

Sebagai contoh : Pegawai trafik jika shiftnya sebelum Magrib sehinggalah lewat Isya', maka keatasnya menjama'kan Magrib bersama Isya' iaitu Jama' Taqdim, atau Ta'khir, menurut keupayaannya. Atau seorang Doktor yang melakukan pembedahan keatas seorang pesakit, dan dia tidak boleh meninggalkannya, maka dibenarkannya didalam keadaan ini melakukan jama' Taqdim atau Ta'khir... " [sumber :Laman al-Ahkam, Fatwa & Kenyataan Ulama', http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=9336 ]
------------------

Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

íÌæÒ ááãÞíã Ãä íÌãÚ Èíä ÇáÕáÇÊíä Åä ßÇä åäÇß ÍÑÌ ãä ÃÏÇÁ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ Ýí æÞÊåÇ ¡ æÇáÌãÚ ÃæÓÚ ãä ÇáÞÕÑ ¡ ÝáÇ ÞÕÑ ÅáÇ áãÓÇÝÑ ¡ æÇáÌãÚ íÌæÒ ááãÓÇÝÑ æÇáãÞíã ÍíË íæÌÏ ÇáÍÑÌ ãä ÃÏÇÁ ÇáÕáÇÉ ÇáËÇäíÉ ÓæÇÁ Ýí æÞÊåÇ Ãæ Ýí ÌãÇÚÉ .
dir="ltr">"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]
-----

Kesimpulannya, sebelum berangkat anda dibenarkan menjama' solat jika timbul kesukaran bagi anda untuk melakukan solat yang kedua pada masa perjalanan. Solat tidak boleh diQasarkan kerana anda masih lagi belum keluar dari sempadan bandar anda (belum status musafir). Begitu juga dengan keadaan anda apabila pulang dari permusafiran, ruhsah Qasar telah pun hapus sebaik sahaja masuk di sempadan tempat tinggal anda, maka dibenarkan melakukan Solat secara jama' diatas alasan yang sama, iaitu wujud musyaqqah (kesukaran). WA.

wassalam

خيرالأمين