SJ-1976: Bacaan fatihah makmum semb terawih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1976: Bacaan fatihah makmum semb terawih

assalamualaikum,

Terdapat satu soalan dan di oleh ahli panel - Jawab:
Imam itu dilantik untuk dita'ati. Anda sebenarnya solat di belakang Imam yg mewajibkan makmum diam dan khusyu' mendengar bacaan Imam ketika imam membaca pada raka'at jahar (kuat). Maka ikutilah pepatah melayu, jika masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang kerbau, menguek. Maka kami sarankan jika berdiri dibelakang Imam yg demikian, ikutilah ia. Orang awam tidak dibebankan terikat dgn satu-satu madzhab seumur hidupnya. Ini kerana makmum tidak membaca alFatihah di belakang Imam itu dianuti oleh tiga madzhab lain, antaranya Maliki, Hanbali dan Hanafi. Anda tidak boleh menambah raka'at kerana ia adalah bid'ah yg tercela. Allahu a'alam
----------------
Soalannya minta kepastian lagi tidak membaca fatihah itu semasa semb terawih yg bacaan imam kuat tidak membatalkan sembahyang dan apakah dalil yg mahzab syafie guna ?

Re: SJ-1976: Bacaan fatihah makmum semb terawih


Jawab:
1. apakah makmum tidak perlu membaca Fatihah ketika solat tarawih kerana semua raka'atnya adalah jahar (Imam membaca kuat)?
Jawab: Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh) : setelah ditahqeeq pendapat yg ekstrim kanan (Makmum kena baca Fatihah dalam semua raka'at baik jahar atau sir) atau pendapat ekstrim kiri, yakni makmum tidak perlu membaca baik dalam raka'at jahar atau sirr, Syaikhul Islam berfatwa: pendapat pertengahan ialah makmum tidak perlu membaca Fatihah jika Imam membaca dgn kuat dan dia (makmum) mampu mendengar bacaan Imam. Si Makmum hanya membaca Fatihah ketika tidak dapat mendengar bacaan Imam atau ketika raka'at sir (perlahan).
Dalilnya paling kuat:
Qur'an: "apabila dibaca alQur'an, hendaklah kamu mendengar dan berdiam diri." AQ: 7:204. Syaikhul Islam berkata sudah masyhur di kalangan salaf bahawa ayat ini khusus untuk menegur para sahabat yg masih membaca alQur'an ketika Imam sedang membaca untuk mereka. Maka apabila Imam membaca dengan jelas, maka sudah tentu mendengar lebih baik dari membaca.
Dalil Hadis: antaranya Abu Daud, anNasa'iy, Ibn Majah, Ahmad, alMuntaqa 1/384 dari Abu Hurairah ra," Hanya sanya Imam itu (dilantik) untuk dita'ati." Komentar Syaikhul Islam: termasuk kesempurnaan solat ialah mendengar bacaan Imam.

Adapun pendapat Syafi'iy juga kuat: antara dalilnya; HR Bukhari-Muslim dari Ubadah ra," tidak sah solat (seseorang) yg tidak dibaca Ummul Qur'an"
Rumusan:
jika seseorang solat tarawikh dan mampu mendengar bacaan Imam dgn jelas, maka tidak perlu membaca Ummul Qur'an pada setiap raka'at (mengikut pendapat dan tahqeeqan Ibn Taymiyah), tapi wajib dibaca (utk semua raka'at) mengikut pendapat Syafi'iyah. WaLlahu a'alam