SJ-2002: Inzal dalam haid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2002: Inzal dalam haid

Assalamualaikum WBT

Apakah hukum jika seseorang itu sewaktu isterinya dalam haid, dia bermain2 dengan kemaluan isterinya (cth: menenyeh2 kemaluan suami pada kemaluan isteri dgan berlapikkan seluar dalam) sehingga isterinya tadi klimaks (inzal) tetapi tidak memasukkan kemaluanya pada isteri.
Wasalam
-ingin tahu-

Re: SJ-2002: Inzal dalam haid


Kita jangka ini berlaku di malam hari. Kalau di siang hari bulan Ramadhan agak merbahaya sikit!

Suami dibolehkan bercumbuan dgn isterinya semasa haidh tapi fuqaha' tidak sepakat mengenai kawasan larangan : antara pusat dan lutut terutama kemaluan isteri.
Haram bermain dgn kemaluan isteri adalah pendapat Maliki dan Hanafi. Makruh merupakan pendapat Hanbaliah, Zahiri, Tsaury dan alAuza'iy. Madzab Nusantara: Syafi'iyah semua bahagian angguta antara pusat dan lutut adalah harus disentuh suami, tapi tidak boleh menyentuh faraj isteri sebagai langkah berjaga-jaga. Imam Nawawi, Syarah Sahih Muslim Jld 3/211
Maka tindakan si fulan menggeselkan kemaluan dgn kemaluan itu ditegah menurut Imam Nawawi. WaLLahu a'alam