SJ-15-0008 : persoalan perbandingan hukum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0008 : persoalan perbandingan hukum

:salam

1 ) perbandingan hukum yg berlaku dlm masalah furu' , sebagai cth alkohol yg sepakat 4 mazhab kata najis . ( betulkan sy klu tersilap ) Kemudian Feqh Taharah Yusuf Qardhawi dan fatwa kebangsaan kata suci. So , bile ader perbezaan disini saya rase confius pentarjihan yg mana boleh digunapakai ?? adakah hukum2 furuiyyah yg dikeluarkan oleh imam 4 mazhab sama dgn ape yg dikeluarkan oleh Dr YUSUF QARDHAWI @ hukum yg dikeluarkan oleh beliau mengmbil kira zuruf pd mase sekarang. Yakni diijtihad kan semula oleh beliau ? Sebab pernah berlaku perdebatan kecil bile seuatu isu timbul ade yg ckp ... imam nie ckp begini...begini... kmdn Yusuf Q ckp...begini..begini... last sekali takde ketetapan yg betul sebagai kesimpulan jawaban.

2 ) Bagaiman pula ttg fatwa di negara kita ? adakah 100% diambil dari mazhab syafie semata2 ? Adakah bile fatwa diwartakan semua org kena ikut 100 % w/pun ade yg x sama dgn pendpt imam lain ? mana lebih kuat fatwa @ pendpt imam mazhab ?

3) dlm mazhab syafie , pendpt yg dipakai adakah dr Imam syafie sendiri shj atau dr anak2 muridnya skali ( syafiiyah ) sekali ? sbb dikalangan mereka ade jua yg berselisih ttg sesuatu hukum.

syukran..

SJ-15-0008 : persoalan perbandingan hukum

sekadar menjawab..

1- Setakat ingatan saya, persoalan najisnya arak atau tidak bukanlah satu perkara yang disepakati oleh 4 mazhab. apa yang disepakati ialah ianya haram diminum. tetapi jika arak itu tumpah ke atas pakaian, adakah pakaian itu perlu dibersihkan atas dasar ia terkena najis atau hanya dibersihkan seperti biasa? itu adalah perselisihan pendapat. seingat saya, mazhab Hanafi menyatakan ia tidak najis manakala mazhab al-Syafie kata najis. tapi semuanya sepakat mengatakan ia haram diminum.

2- tentang dr. Yusuf al-Qaradawi, setakat pembacaan saya yg sedikit, saya dapati bahawa beliau jarang mengeluarkan fatwa yg tidak ada asal-usul. kadangkala beliau menguatkan sesuatu fatwa yg telah sememangnya dikeluarkan oleh ulama terdahulu, cuma ia kurang popular di zaman ini. maka ramai yg menyangka bahawa al-Qaradhawi pandai2 mengeluarkan pendapatnya sendiri. boleh rujuk pendahuluan buku beliau iaitu Fatawa Muasirah -fatwa2 terkini kerana ada disebutkan bagaimana beliau mengeluarkan fatwa.

3- di Malaysia, saya terdengar bahawa kita perlu mengikut pendapat daripada mazhab al-Syafie yang merupakan gabungan antara pendapat Imam Muhammad Ibn Idris al-Syafie dan juga murid2nya termasuk ulama2 mazhab Syafie yg terkemudian seperti al-Nawawi .

wallahu a'lam