Perlakuan Sembahyang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
Perlakuan Sembahyang

Bismillah alhamdulillah wassalamualaikum...

Melihat tentang perlakuan imam dan jemaah dimasjid ketika mengerjakan sembahyang, masih lagi imam melafazkan niat solat dengan kuat, jemaah menghangguk kepala semasa memberi salam dan kemudiannya menyapu muka selepas memberi salam dan juga tidak ketinggalan sebelum azan, muazin akan selawat terlebih dahulu. Tahlil dibuat oleh anak kampung diwaktu petang sebelum waktu berbuka puasa dan paling sedih sekali ada aktiviti membaca al-Quran diatas kubur (berlaku sekali sewaktu sebelum Ramadhan ketika seorang anak qariah meninggal dunia)

Teringin juga dihati untuk menegur segala perbuatan tersebut, tapi rasa macam niat ni tak boleh nak diterjemahkan pada perbuatan (menegur) Rasa bersalah la pulak ::cry:

Harap pohon pendapat para ahli panel al-ahkam.net tentang perkara ni.

Wassalamualaikum warahmatullah

Perlakuan Sembahyang

al-Jawab:

Ia termasuk dalam Fiqh amar makruh wa nahy mungkar atau Fiqh membenteras Bid'ah.
Ia bukanlah semudah yang kita sangkakan. Ini kerana fiqh merubah mungkar dan bid'ah ini memerlukan ilmu, metod dan kekuatan.

Maksud ilmu ialah kita memiliki ilmu yang mantap dalam mengenal dan menganalisa kemungkaran dan bid'ah yang berlaku. Kita kena pastikan ia adalah benar-benar mungkar atau jelas bid'ah tanpa khilaf lagi. Kita takut, apa yang kita katakan sebagai bid'ah, sebenarnya ulama' ada yang menyelisihi akan hal itu.
Cth: anda menilai amalan membaca AQ di perkuburan itu sebagai bid'ah mungkar yang harus diperangi. Tapi ramai ulama' yang membenarkan amalan tersebut.

Maksud metod ialah cara kita merubah kemungkaran. Kita kena tahu psikik atau taraf emosi dan kecerdasan masyarakat yang kita ingin ubah. Ratarata bangsa Melayu menolak cara yang telus dan keras atau pendedahan mungkar dan bid'ah secara terbuka. Mereka juga tidak terdedah dgn budaya ilmu yang mencukupi utk memahami agama.

Maksud kekuatan ialah apakah sumber kekuatan yang kita miliki untuk memudahkan proses merubah mungkar dan bid'ah. Ini kerana turutan dalam fiqh ingkar ialah, jika kita memiliki kekuatan tertinggi yakni kekuasaan, maka ia amat mudah membuat perubahan. Jika kita tidak memiliki kekuasaan, maka kita kena gunakan media yang ada disekeliling kita (buku, seminar, kuliah bulanan, mingguan, flyers, majalah, radio-Tv, internet dsbnya). Jika kita tidak ada upaya spt di atas, maka memadailah dengan cita-cita, harapan, do'a dan kebencian dalam hati. Itu adalah petanda hati anda hidup dan berdenyut dalam iman dan amal. Ref: alQardhawi, Fatawa Mu'asirat, jilid 8 terjemahan Pustaka Salam. sekian