SJ-10-0066 : Hukum Makan Sarang Burung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0066 : Hukum Makan Sarang Burung

Assalamu'alaikum

Panel Feqh Sekalian,

Saya ingin mengetahui hukum makan sarang burung atau ada apa2 fatwa yang dikeluarkan tentangnya.Seperti kita ketahui, ia berasal dari air liur burung tsbt.Adakah ia dihukumkan kotor? ::?:

JKK

SJ-10-0066 : Hukum Makan Sarang Burung

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kami tidak menemui fatwa rasmi berkaitan hukum ini setelah search dalam beberapa laman web fatwa negeri. Mungkin ada, cuma kami tidak menjumpainya, wallahu a'lam.

Dari sudut feqah, tiada apa-apa sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang. Kerana, ia diperbuat daripada liurnya, dan liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak: Asal kepada sesuatu perkara adalah HALAL, kecuali ada nas yang mengharamnya.

dan kaedah yang lebih detail ialah: Asal kepada benda2 yang bermanfaat adalah HALAL, dan asal kepada benda yang memudatkan adalah HARAM.

Berdasar kaedah ini juga, sarang burung layang2 dihukum halal, kerana ia adalah makanan yg terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah Taala: "Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan keatas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yg mengalir, atau daging babi" (Al-An'aam: 145)

Wallahu A'lam.