SJ-11-0133 : Kemusykilan Zakat Fitrah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0133 : Kemusykilan Zakat Fitrah

:salam

Saya ada 2 kemusykilan mengenai Zakat Fitrah, harap dapat dicerahkan segala yang kabur.

(1) Saya pertama kali mendengar daripada seorang teman seIslam dari negara di benua Afrika yang mengatakan Zakat Fitrah boleh dibayar dalam masa 3 hari selepas Solat Eid.

Jadi adakah ini pandangan daripada mana-mana mazhab? Setahu saya, waktu terakhir pembayaran adalah sebelum Solat Eid didirikan.

(2) Di Jepun ini, ada satu kaedah canggih dalam membayar zakat iaitu melalui pemindahan duit "bank-in" dari akaun sendiri ke akauan bank masjid atau Pusat Islam.

Soalan saya:
Katakanlah hari raya jatuh pada hari Sabtu dan kita "bank-in" kan duit Zakat Fitrah itu pada hari Jumaat malam. Adakah pembayaran zakat kita itu sah? Sebab kalo mengikut prosedur bank, duit itu hanya akan masuk ke akaun masjid itu pada hari Isnin minggu depan.

Itu dahulu. Jazaakumullahukhaer kepada para panel yang bersusah-payah mencerahkan yang kabur. ::D

SJ-11-0133 : Kemusykilan Zakat Fitrah

:wassalam

al-Jawab:

1) Empat Madzhab Utama Sunni tidak ada yang berpendapat seperti kata-kata orang berbangsa Afrika itu. Waktu wajibnya ialah terbit fajar hari lebaran. Jika dikeluarkan selepas itu ia menjadi sedeqah biasa sahaja (Hadith Abu Daud (#1607 dari Ibn Abbas, disahihkan oleh al-Albani). Ini adalah ijma', maka pendapat sedara Afrika itu adalah syaz kerana tidak berasal dari madzhab yg muktabar.

2) Langkah terbaik ialah mendahulukan e-payment itu 2-3 hari sebelum 'Ied tanpa menunggu waktu terakhir. Pengeluaran zakat lebih awal dari waktu wajib adalah dibenarkan.
Jika pihak mesjid/amil zakat membenarkan payment pada masa tersebut (malam Juma'at) dan mengiktiraf bayaran itu, maka ia adalah sah. Ini kerana transaksi dikira menurut pada time anda bank-in pembayarannya. Apapun hendaklah mendapat persetujuan pengurus zakat tempatan. sekian