SJ-05-0310 : rapatkan saf..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0310 : rapatkan saf..

:salam

ada hadis shahih (riwayat abu daud kalo xsilap) ada menyatakan cara merapatkan saf iaitu merapatkan mata kaki dan bahu dgn orang sebelah..namun ada yang menyatakan RasululLah tidak menyuruh kita untuk melakukan demikian krn kita perlu ada kebijaksanaan utyk berinteraksi dgn hadis2 nabi..saya xberapa jelas dgn penerangan tsbut..
hrp syeikh ahkam dpt membantu...apakah syarah terbaik utk hadis ni @ utk mengamalkan hadis ini dgn baik?

:wassalam

SJ-05-0310 : rapatkan saf..

:wassalam

Jawapan :

Hadis tersebut ialah hadis sahih riwayat Abu Daud (667) dan An-Nasai'ey (815) serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya (3/22) dan Ibnu Hibban (14/51). Hadis ini juga mempunyai syawahid yang berbagai dalam Sahihain , antaranya :

Hadis dari Anas bin Malik : Bukhari (690) dan Muslim (433)
Hadis dari Nu’man : Bukhari (685) dan Muslim (436)

Begitu juga terdapat dalam Musnad Abi Umamah : (21760)

Manakala matan hadis tersebut ialah :

ÚÜÜÜÜä ÃäÓ ÑÖí Çááå Úäå , Ãä ÇáäÈí (Õ) ÞÇá : ÑÕæÇ ÕÝæÝßã æÞÇÑÈæÇ ÈíäÜÜåÇ æÍÜÜÇÐæÇ ÈÇáÃÚäÜÜÜÇÞ

“Susunlah saf-saf kamu , dan dekatkan (rapatkan) antaranya , dan samakan leher2 (bahu) kamu.

Hadis di atas adalah dalil tentang keharusan menyusun dan merapatkan serta menyamakan saf antara satu sama lain dalam solat berjemaah. Ini kerana tuntutan tersebut merupakan ciri-ciri kesempurnaan solat yang amat digalakkan dalam Islam. Malah Rasulullah saw pernah bersabda kepada para sahabat tentang tuntutan untuk menyempurnakan susunan saf dengan sabdanya:

ÃáÇ ÊÕÝæä ßãÇ ÊÕÝ ÇáãáÇÆßÉ ÚäÏ ÑÈåÇ ¿ ÞÇáæÇ : æßíÝ ÊÕÝ ÇáãáÇÆßÉ ÚäÏ ÑÈåÇ ¿ ÞÇá : íÊãæä ÇáÕÝ ÇáÃæá ÝÇáÃæá æíÜÜÑÕæä ÇáÕÜÜÜÝæÝ

“Tidakkah kamu mahu berbaris (saf) sebagaimana berbarisnya Malaikat disisi Tuhannya?
Maka kami bertanya : "Bagaimana (cara) berbarisnya Malaikat di sisi Tuhannya?" Lalu dijawab oleh Rasulullah saw: "Menyempurnakan saf yang awal dan menyusun (menyamakan) saf (barisan).”
(HR Muslim : 430 )

Malah terdapat hadis lain yang menyuruh agar kita merapatkan saf dan menyamakannya, seperti hadis dibawah ini yang diriwayatkan dari Nu’man bin Bashir :

ÞÇá ÑÓæá Çááå (Õ) : ÃÞíãæÇ ÕÝæÝßã – ËáÇËÇ – ÞÇá : ÝÑÃíÊ ÇáÑÌá íáÒÞ ãäßÈå ÈãäßÈ ÕÇÍÈå æßÚÈå ÈßÚÈå

Berkata Rasulullah saw: "Dirikanlah barisan (saf) kamu (3 X )," telah berkata Nu’man : "Aku lihat seorang lelaki (sahabat) melekatkan bahunya dengan bahu sahabatnya dan buku lalinya dengan buku lali sahabatnya.”
(HR Bukhari : 717)

Berkata Ibnu Hajar : bahawa hadis di atas sebagai sighah mubalaghah yang membawa maksud kepada penyempurnaan saf dengan cara merapatkan antara bahu dan bukulali para jemaah.

Maka dengan ini ,jelaslah kepada kita bahawa tuntutan merapatkan saf dengan cara yang disebutkan dalam hadis di atas adalah merupakan sunat muakkad yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu muslim.

Ini kerana menyamakan saf supaya ia menjadi satu barisan yang lurus adalah merupakan kesempurnaan solat itu sendiri. Sabda Baginda saw :

ÓÜÜææÇ ÕÜÜÝæÝßã ÝÅä ÊÓæíÉ ÇáÕÝæÝ ãä ÊãÇã ÇáÕáÇÉ

“Samakanlah saf (barisan) kamu, kerana sesungguhnya saf (barisan) yang sama (lurus) itu merupakan kesempurnaan solat”
(HR Bukhari : 723 , Muslim : 433)

WA

Ust Jawhar al-Yamani
Associate Panel Fiqh AAN