SJ-12-0242 : nafkah anak kepada ibu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0242 : nafkah anak kepada ibu

:salam

Moga kta semua dirahmati Allah hendaknya.

Satu kes yg berlaku...suami mati meninggalkan isteri dan anak2....hubungan isteri dgn anak2 adalah sbg ibu tiri....bila suaminya mati...si isteri kena ihdad selama 40 ari (jika x salah)...masalah yg timbul skang ialah:

1) si ibu nie meminta si anak memberi nafkah kepadanya seyk rm200 sebulan...ada ke???

2) kematian suami...si isteri dpt pewarisan utk saraannya selama 40ari tersebut atau nafkah dr anak???

3)ada ke nafkah anak kpd ibubapa???atau x dikira nafkah tapi termasuk bab ihsan kepada kedua ibubapa je....

Pohon pencerahan....

:wassalam

SJ-12-0242 : nafkah anak kepada ibu

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
bila suaminya mati...si isteri kena ihdad selama 40 ari (jika x salah)

Ihdad wanita yang kematian suami ialah 4 bulan 10 hari mengikut kalendar Islam. Berdasarkan hadis Ummu Habibah, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seorang wanita yg beriman kepada Allah dan hari Akhirat berihdad ke atas mayat melebihi 3 malam, melainkan ke atas suami, iaitu selama 4 bulan 10 hari".
Direkod oleh Bukhari (no: 5334) dan Muslim (no: 1487).

Quote:
1) si ibu nie meminta si anak memberi nafkah kepadanya seyk rm200 sebulan...ada ke???

Difahami daripada soalan anda, ibu tersebut ialah ibu tiri. Maka apabila si ibu seorang yang berhak menerima nafkah disebabkan kefakirannya, maka yang lebih aula memberi nafkah ialah anak-anak kandungnya. Jika dia tiada anak-anak kandung yang memberinya nafkah, maka kewajipan itu jatuh pada anak tiri.
Kewajipan nafkah kepada isteri bapa (ibu tiri) adalah mengikut keperluannya secara uruf.

Quote:
2) kematian suami...si isteri dpt pewarisan utk saraannya selama 40ari tersebut atau nafkah dr anak???

Isteri berhak mendapat harta pusaka yg ditinggalkan suaminya. Manakala nafkah untuknya, jika dia seorang yang tidak berharta dan tidak mampu mencari nafkah, dia berhak mendapat saraan nafkah daripada anak-anaknya. Jika tidak ada anak, maka daripada anak-anak suaminya. Tidak ada hak mendapat saraan selama 40 hari sebagaimana yg anda sebutkan.

Quote:
3)ada ke nafkah anak kpd ibubapa???atau x dikira nafkah tapi termasuk bab ihsan kepada kedua ibubapa je....

Ulama telah bersepakat mengatakan ibubapa yang tidak mempunyai harta dan tidak mampu mencari pendapatan untuk saraan hidup, WAJIB mendapat nafkah daripada anak-anak mereka. Dinukilkan ijmak oleh Ibnul Munzir dalam Isyraf 5/167.

Dalilnya Friman Allah Taala:
æÕÇÍÈåãÇ Ýí ÇáÏäíÇ ãÚÑæÝÇ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan kedua-duanya di dunia dengan makruf (baik). (Surah Luqman: 15)
Di antara tuntutan makruf terhadap ibu bapa ialah memberi nafkah yang cukup untuk mereka.

Ia termasuk dalam bab Nafkah, dan dibahaskan dalam kitab-kitab Fekah dalam Bab: Nafaqatul Aqarib (saraan nafkah untuk kaum kerabat).

Wallahu A'lam.