SJ-07-0132 : kawasan perkuburan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0132 : kawasan perkuburan

:salam
Bolehkah seseorang megiringi jenazah dalam keadaan memakai kasut di kawasan perkuburan?

SJ-07-0132 : kawasan perkuburan

Al-hamdulillah....

al-Jawab...

Berkaitan masalah memakai selipar di kawasan perkuburan, perkara tersebut adalah khilaf dikalangan ulama. Ada ulama mengatakan makruh , ada pula yang mengatakan harus, dan ada kata haram pada selipar jenis kulit.

Terdapat satu hadis berkenaan masalah ini :

ÈíäãÇ ÃäÇ ÃãÇÔí ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ãÑ ÈÞÈæÑ ÇáãÔÑßíä ÝÞÇá áÞÏ ÓÈÞ åÄáÇÁ ÎíÑÇ ßËíÑÇ ËáÇËÇ Ëã ãÑ ÈÞÈæÑ ÇáãÓáãíä ÝÞÇá áÞÏ ÃÏÑß åÄáÇÁ ÎíÑÇ ßËíÑÇ æÍÇäÊ ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã äÙÑÉ ÝÅÐÇ ÑÌá íãÔí Ýí ÇáÞÈæÑ Úáíå äÚáÇä ÝÞÇá íÇ ÕÇÍÈ ÇáÓÈÊíÊíä æíÍß ÃáÞ ÓÈÊíÊíß ÝäÙÑ ÇáÑÌá ÝáãÇ ÚÑÝ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÎáÚåãÇ ÝÑãì ÈåãÇ

Hadis di atas membawa maksud , bahawa ketika mana Rasulullah saw melihat seseorang lelaki yang berjalan dikawasan perkuburan dengan memakai selipar / kasut yang dibuat daripada kulit lembu yang telah disamak. , Baginda memerintahkan agar dibuka / ditanggalkan kasut tersebut.Lelaki tersebut terus menanggalkannya dan membalingnya jauh.

(HR Ahmad : 224 , Abu Daud : 3230 , An-Nasaie : 964 , Ibnu Majah : 1568 dan al-Hakim 1/373.Az-Zahabi mensahihkannya.Begitu juga dengan Albani dalam Sahih Abu Daud )

Sebahagian ulama berdalilkan kepada hadis di atas dalam menetapkan hukum makruh memakai kasut / selipar di kawasan perkuburan.Manakala sebahagian yang lain hanya menetapkan makruh bagi kasut / selipar yang dibuat dari sebarang jenis kulit binatang yang disamak sahaja sebagaimana mafhum hadis tersebut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com