SJ-15-0026 : persoalan bermazhab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0026 : persoalan bermazhab

:salam

sy ingin meminta pandangan ahli panel sekalian berkenaan isu ini.

1) sy pernah berjidal dgn shbt sy sy ttg sesuatu hukum feqh . kemudian beberapa pandangan imam mazhab dikemukakan bg mencari jln penyelesaian bg hukum itu.

sy berkata begini " mana2 pandangan imam mcm hanafi dll kan boleh diterimapakai . mereka semua adalah mujtahid mutlak. apa salahnya kita memakai pendapat selain imam syafie ? "

kemudian die ckp " dlm konteks di malaysia , kite hendaklah berpegang kpd pendapat syafie shj sebab nanti boleh mengelirukan dan menimbulkan fitnah..

persoalan sy benarkah kata2 kwn sy tu ? syukran...

SJ-15-0026 : persoalan bermazhab

Bismillah wal hamdulillah...

Al-Jawab :

Memang betul apa yang dikatakan oleh sahabat saudara/i tersebut.Ini kerana masyarakat Muslim Malaysia kebanyakannya masih kuat berpegang kepada pandangan dan pendapat dari Mazhab Imam as-Syafie rhm dalam setiap sudut kehidupan.

Maka dengan sebab itulah jika sesuatu amalan atau perbuatan yang saudara/i amalkan yang bukan datangnya dari pendapat Imam Syafie , sudah tentu akan menimbulkan kekeliruan dan fitnah khususnya dari golongan masyarakat yang kurang ilmu dan pengetahuannya berkenaan masalah ini.Apatah lagi jika mereka itu ditinggalkan terpinga-pinga tanpa sebarang penjelasan dan penerangan beserta dengan hujjah dan dalil mazhab yang saudara/i ikuti.

Dalam masalah khilaf , atau perbezaan pendapat berkenaan sesuatu hukum oleh para Imam Mujtahid/mazhab ini terdapat satu kaedah Fiqhiyyah yang boleh dijadikan panduan umum bagi masyarakat muslim ialah :

áÇ íäÜÜßÑ ÇáãÜÜÎÊáÝ Ýíå æÅäÜÜãÇ íäÜÜßÑ ÇáãÌÜÜãÚ ÚáíÜÜå

Jangan diingkari (dibantah) sesuatu (hukum) yang berlaku khilaf dikalangan Fuqaha.Dan sesungguhnya yang perlu diingkari (dibantah) ialah (perkara mungkar) yang disepakati ulama atas (pengaharaman) nya

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com