SJ-08-0094 : Ganti puasa dan solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0094 : Ganti puasa dan solat

Assalamualaikum...

Ada seorang lelaki, dia tak berpuasa semenjak dia baligh. Sekarang dia dah berumur 24 tahun, jika dia baligh umur 12 tahun, maka macam mana dia kena gantikan puasanya...?

Adakh beserta bayar fidyah sekali?

Dalam masa yang sama solat pun jarang-jarang...

So solat dia kena ganti juga...?

Minta penelasan...

SJ-08-0094 : Ganti puasa dan solat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Masalah tinggal puasa. Wajib diganti bilangan hari yang ditinggalkan, samada ditinggalkan dengan sebab uzur, atau dengan sengaja. Jika tidak berpuasa selama 12 tahun (seperti dalam soalan), maka hendaklah diganti sebanyak 12 bulan. Tidak wajib dilakukan secara berterusan.

Berkenaan fidyah, ada khilaf ulama. Boleh dirujuki jawapan lepas di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33370

2) Masalah tinggal solat. Ulama bersepakat mengatakan solat yang ditinggalkan kerana uzur seperti tidur, wajib diqadha'. Tetapi khilaf pada solat yang ditinggalkan secara sengaja.
-Jumhur ulama mewajibkan qadha' semua solat yg ditinggalkan secara sengaja.
-Manakala sebahagian ulama spt Ibn Hazm dan sebahagian ulama Hanabilah mengatakan tidak wajib diqadha'. Cukup dengan bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat.

Pendapat yang lebih berwaspada ialah: Wajib qadha. Jika syak pada bilangan solat, hendaklah diguna kaedah ihtiyat (berjaga-jaga), iaitu yakin semua solat yang ditinggalkan sudah diqadha'.

Wallahu A'lam

rujukan: IslamWeb.Net Fatwa No: 12700