SJ-05-0419 : Solat Duduk, Terlebih Rakaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0419 : Solat Duduk, Terlebih Rakaat

:salam

jika saya melakukan solat secara duduk..selepas bangun dari sudut terakhir..sepatutnya saya duduk tahyat akhir..tetapi kerana terlupa saya terus mendakap tangan seperti ada rakaat lagi.

persoalannya..adakah saya harus meneruskan rakaat tersebut dan melakukan sujud sahwi atau hanya lepaskan dakapan tgn dan baca tahyat akhir?

SJ-05-0419 : Solat Duduk, Terlebih Rakaat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Samada solat secara berdiri atau duduk, jika terlebih satu rakaat contohnya rakaat kelima dalam solat Zohor, maka wajib segera kembali ke rukun yang sepatutnya iaitu duduk untuk tasyahhud.

Dalam kes solat duduk, walaupun dia tidak qiyam secara hakiki, hendaklah segera kembali ke rukun sepatutnya iaitu duduk tasyahhud, iaitu dengan berhenti membaca Fatihah dan membaca bacaan Tasyahhud akhir.

Dan dilakukan sujud sahwi di akhir solat, kerana menambah perbuatan dalam sembahyang secara lupa, iaitu menambah satu rakaat.

Wallahu A'lam.