Sahih Muslim - Nabi s.a.w. Tidak Melampau Dalam Beragama Sedangkan Baginda Yang Paling Takut Akan Allah

Primary tabs

Sahih Muslim 05/01/2011 Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah

Isikandungan (timeline):
00:02:06  Pembacaan Matan Hadis: Bab:  Kewajiban Mengikut Nabi s.a.w.
00:10:04 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah.
00:13:21 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Kewajiban Mengikut Nabi s.a.w.

00:17:23 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Memuliakan Rasulullah s.a.w. dan Tidak Banyak Menyoalnya Tentang Perkara Yang Tidak Diperlukan
00:28:50 Syarah Hadis: Bab: Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah. Apa maksud Nabi s.a.w. paling mengenali dan paling takut akan Allah?
- Rasulullah s.a.w. mengambil kesenangan hidup seperti makan sedap, berpakaian selesa, berumah tangga dan sebagainya sedangkan Bagindalah yang paling mengenali dan paling takut akan Allah. Bagindalah ikutan umatnya semua.
00:34:34 Antara perkara yang mudah dalam agama dan perkara yang susah, mana yang lebih baik untuk dipilih?
00:37:47 Imam Ahmad berpendapat Haji Tamatu' lebih baik dari Haji lain dengan kerana ia lebih mudah.
00:41:23 Contoh: Dalam satu-satu masalah, antara pendapat mazhab yang mudah dan mazhab yang sukar, mana yang lebih patut dipilih?
00:50:28 Di dalam hadis ini terdapat galakan supaya mengikut Nabi s.a.w. dan larangan melampau-lampau dalam beribadah. Juga celaan terhadap orang yang mengelak diri dari perkara yang diharuskan kerana syak tentang keharusannya.
00:53:07 Marah apabila ada yang mencabuli kehormatan syarak. Menjaga hati orang lain.
00:59:47 Syarah Hadis: Bab: Kewajipan mengikut Nabi s.a.w.
Kisah Zubair r.a. berkelahi dengan al-Ansari berkenaan dengan saliran air. Al-Ansari ini menyebabkan Baginda murka. Siapakah al-Ansari ini?
01:09:07 Berdasarkan kisah ini dan beberapa kisah lain musuh Islam menuduh para sahabat dengan tuduhan yang buruk. Apakah jawapan dari tuduhan ini?
01:13:32 Ulama dan hakim mempunyai fungsi yang berbeza dalam masyarakat. Ada kes-kes tertentu yang hanya boleh dilaksanakan oleh pemerintah sahaja. Contoh hukuman hudud, qisas dll.


{youtube}CH4iJ5LPG2I{/youtube}