Sj-08-0116 : Puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
Sj-08-0116 : Puasa

Nak tanya panel al ahkam .

Ada sahabat ni telah berzina dengan kekasih dia pada sembilan hari atau kali di bulan Ramadhan . Nak taubat saja ke atau bertaubat dan bayar . Kalau kena bayar kafarat , beliau hanya sanggup beri makan fakir miskin saja . Adakah mengikut bilangan hari atau kali . Terima kasih

albaruhiyy (not verified)
Sj-08-0116 : Puasa

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå æÈÚÏ :
Tiga perkara yang wajib ke atas sahabat anda :

Pertama

Wajib bertaubat atas perbuatan zina tersebut. Zina ialah satu dosa besar. Maka wajib bertaubat kepada Allah Taala dengan menyesali atas perbuatan terkutuk yang dilakukan, dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang sama. Tambahan pula dosa dan maksiat tersebut dilakukan dalam bulan yang mulia, bulan Ramadan.
Allah Taala Maha Pengampun dengan syarat taubat hendaklah benar-benar taubat nasuha. Firman Allah Taala [Surah al-Nur : 31] :
MAKSUDNYA : Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Kedua
Selepas itu, wajib dia mengganti puasa setiap hari yang berlaku jimak .

Ketiga
Dia wajib membayatr kaffarah memberi fakir miskin makan bagi setiap hari ia melakukan jimak di siang hari Ramadan tersebut.
kaffarah jimak iaitu seperti kafarah Zihar mengikut turutan berikut :
1. Bebaskan hamba beriman
2. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak 2 bulan berturut-turut
3. Jika dia tidak mampu, hendaklah memberi fakir miskin makan seramai 60 orang bagi setiap hari yang berlaku jimak. Ini kerana setiap hari mempunyai kehormatan dan kemuliaannya tersendiri.
[Rujuk dalil dalam Sahih al-Bukhari 1936 dan Muslim 1111]