JANGAN BIARKAN KEMUSYIKILAN BERLANJUTAN SEHINGGA BERBULAN

Primary tabs

:salam

1. Saya amat meminati laman ini tetapi amat kecewa dengan respon terhadap soalan-soalan yang dikemukakan yang mengambil masa terlalu lama untuk menjawabnya.

2. Saya ada mengemukakan soalan pada bulan Februari 2009, sehingga kini masih belum diberi perhatian ataupun dijawab.Saya rasa ramai rakan-rakan yang agak kecewa dengan perkembangan ini.

3. Kami yang jahil ini perlu bimbingan dan maklumat dari pihak tuan apabila satu-satu kemusyikilan di ajukan pada tuan.

4. Kadangkala kemusyikilan itu perlu jawapan segera.Kami faham pihak tuan perlu membuat kajian sebelum jawapan diberi.tetapi sampai mengambil masa berbulan-bulan( 4,3 bulan) adalah penantian yang terlalu lama buat kami.

5. Diharap pihak tuan dapat menghadkan soalan-soalan yang dikirim supaya pihak tuan dapat menumpukan pada soalan kemusyikilan yang di hantar.Tidak ada guna menerima beratus-ratus soalan tetapi tiada jawapan pasti.

6. Maaf,bukan marah tapi kecewa.

Waalaikumussalam..

- Pertama, kami memohon kemaafan yang tidak terhingga kepada abangjad dan pengunjung-pengunjung lain yang menghantar soalan feqah, dan masih tidak terjawab.

- Kami bukan sengaja mahu mengecewakan sahabat-sahabat yang menghantar soalan. Tetapi kami sangat-sangat beringat bahawa menjawab soalan feqah adalah amanah besar, kerana ia berkait dengan memberitahu hukum ALlah.

- Ditambah lagi dengan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, "Orang yang paling terkedepan dalam memberi fatwa, dialah yang paling terkedepan atas api neraka".

- Ibn Mas'ud berkata, "Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila".

- Kata Ibn Abi Laila, "Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama".

- Al-Sakhtiyani berkata, "Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama".

- Kita sepatut lebih malu kepada Imam Malik, yang pernah disoal dengan 50 masalah, beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, "Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab".

- Imam Malik juga pernah disoal satu masalah, lalu dia menjawab "Aku tidak tahu". Lalu dikatakan kepada Imam Malik, "Ini masalah mudah sahaja". Imam Malik marah dan berkata, "Dalam ilmu tidak ada suatu pun yang ringan".

- Berkata al-Khatib, "Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya".

- Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, "Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-".

Sahnun berkata, "Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya".

Lelaki itu berkata, "Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit".

Sahnun berkata, "Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui".

Sahnun berkata lagi, "Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja".

Ibn Solah berkata, "Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya".

- Saya merasakan nukilan-nukilan di atas daripada tokoh ulama besar, boleh kiranya dijadikan alasan kami mengapa banyak soalan-soalan feqah yang masih tidak berjawab.

- Setakat yang kami mampu, kami akan cuba membantu pengunjung menyelesaikan masalah-masalah mereka. Tetapi apa yang kami tidak mampu, maka LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Wallahu A'lam

zain-ys's picture

Alhamdulillah, syukur dengan penjelasan dari syeikh Abu Umair di atas.

Harap2 dengan nukilan2 dari beliau, bukan setakat abangjad, tetapi yg lebih penting dari itu ialah kepada adik2 dan abang2 kita para 'mujtahid' terhormat yang cukup boros berfatwa dan menukilkan fatwa tanpa rasa gerun. Kita benar2 gerun dan bimbang dengan perkembangan ini..

Ia perkara yang cukup berat kita nak sebut. Namun dengan nukilan dari Syeikh Abu Umair, harap2 mereka ini pakat2 kembali ke pangkal jalan dan berasa takut dengan azab siksa Allah.

Cuba fikir2kan.. Wahai adik2 ku sekelian. Syeikh Abu Umair dan para panel Feqh kita yang lain adalah dari kalangan mereka yang dikurniakan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan. Alhamdulillah.

Saya yakin, mereka boleh saja kalau mahu menjawab semua soalan sekaligus dalam masa sehari dua... Mereka menangguhkan menjawabnya bukan kerana mereka tidak tahu jawapannya, tetapi kerana gerun dan malu terhadap apa yg telah diperkatakan oleh para ulama dan imam mujtahid (original)..

Cerminlah diri wahai kita semua.. Siapalah kita berbanding mereka.

Aduh! Kadangkala kita boleh ketawa sendirian akibat terlalu lucu dan dalam masa yang sama juga kita sampai menangis kesedihan apabila kita melihat keperasanan adik2 kita dan abang2 kita sudah sampai ketahap 'dewa'.

Mereka tiba2 sudah pandai melakukan studi kritik dan melakukan kajian ke atas hadis2 Nabi s.a.w.

Katanya, "kami telah mengkaji hadis-hadis... Bla.. Bla..." "kami telah meneliti hadis bla.. bla.. Ia kami dapati ada yang bermasalah.."
Katanya lagi, "Menurut pendapat kami.." Atau "menurut pandangan kami, hadis ini bla.. bla.."

Bila orang bertanya tentang agama, mereka akan akan berperangai seperti orang yang bodoh dengan berebut2 untuk menjawab dan berfatwa. Sedangkan orang yang tahu dan cerdik akan berebut2 utk mengelakkan diri dari berfatwa.

Bila menjawab.. Mereka dengan penuh gaya dan susunan bahasa yang mengalahkan ulama besar.. Malah mengalahkan para imam mujtahid.

Kadangkala, saya teringat kata2 para ustaz aliran tradisional, yang barangkali ada juga benarnya. "Mereka ini bukan Kaum Muda, tapi Kaum Mudah. Semuanya dibuat mudah."

Akhirnya, "Kalau dah tak tahu malu, buatlah sesuka hatimu!"

Astaghfirullah...

Terima kasih ustadz Abu Umair atas peringatan.

Ia benar2 menginsafkan saya ::idea:

wAllahu Ta'ala A'lam.

Sindrom ini ada di mana-mana. Di pejabat, di kg, di surau kat rumah, mujtahid jelmaan ni ada. Sedara kita mungkin...atau kawan kita....dan jugak tak terhad kepada yg pakai lencana sunnah ker apa ker...yg tak bawa apa2 lencana pun ada .... mmg cantik sgt la kita sesama peringat....

peringatan yg baik ustaz..