SJ-07-0189 : hukum baca nama di batu nesan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0189 : hukum baca nama di batu nesan

salam ustaz,

saya terdengar ada seorang ustaz mengajar mengenai adab ziarah kubur. antara perkara yang dilarang ialah membaca nama di batu nesan kerana katanya boleh melemahkan fikiran.

cuma x dinyatakan rujukan dari manakah sumber tersebut.

oleh itu, mohon pencerahan daripada panel al-ahkam.

sekian, wassalam

Re: hukum baca nama di batu nesan

:salam

Sepanjang pencarian dan pengatahuan kami , tidak ada dalil atau sandaran terhadap apa yang disebutkan oleh Ustaz tersebut e dengan membaca nama di batu nisan akan menyebabkan lemah ingatan.Malah selain daripada itu juga , terdapat satu lagi 'malapetaka' yang akan terkena kepada si pembaca nama di batu nisan sebagaimana yang pernah kami dengari suatu ketika dahulu iaitu , orang yang membaca nama di batu nisan ini akan pendek umur.

Semuanya itu adalah perkara karut dan khurafat yang menjadi kepercayaan masyarakat melayu semenjak dahulu hinggalah sekarang.

Satu persoalan yang boleh diutarakan kepada mereka yang mempercayai perkara ini ialah , bagaimana hukum tersebut boleh timbul , sedangkan Rasulullah saw pernah melarang daripada membuat binaan di atas kubur sebagaimana maksud hadis Jabir r.a.Apabila sebarang bentuk binaan telah dilarang oleh rasulullah saw daripada dilakukan diatas kubur , maka apakah logik , jika nama dan tarikh kematian dibolehkan untuk ditulis.Di atas apa kah hendak ditulis semua itu sekiranya tidak terdapat satu bentuk binaan pun di atas kubur tersebut??....

Malah , di zaman Rasulullah saw sendiri hinggalah ke zaman sahabat dan tabi'in sendiri , tidak pernah mereka ini menulis nama , dan tarikh kematian di kubur-kubur.Maka , bagaimana kah 'Fatwa' lemah ingatan dan pendek umur ini muncul dikalangan masyarakat Islam??......

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com