SJ-05-0505 : doa lepas tahiyyat akhir - masa masbuq camno?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0505 : doa lepas tahiyyat akhir - masa masbuq camno?

Merujuk doa lepas tahiyyat akhir

1) - Kalo masbuq katalah solat Zuhur, masuk tang rakaat ke 2, masa rakaat terakhir(rakaat 4 imam, rakaat ke-3 bagi masbuq) tu, sewaktu tahiyyat akhir imam nak baca doa selepas tahiyyat juga ke (sebab ikutkan makmum kene ikut apa imam buat kan).. nanti masa ganti rakaat yg berbaki tu kena baca lagi lah kan?

2) kalo imam dah bagi salam ke-2 masa rakaat terakhir, adakah makmum boleh setelkan doa selepas tahiyyat tu (memandangkan ada ulamak kata doa tu pun wajib baca)

3) kalo tinggal doa ni betul ke batal solat? kalo tertinggal sujud syahwi batal solat tak, sebab katanya nabi tak pernah tinggal?

Re: doa lepas tahiyyat akhir - masa masbuq camno?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur ulama mengatakan bahawa adalah sunnat hukum (dan tidak wajib) membaca do'a selepas membaca tashahud akhir sebagaimana hadith Abu Hurairah ra. yang diriwayatkan oleh Muslim (ِإِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ) ; "Apabila seseorang itu selesai membaca tashahud akhir maka hendaklah memohon perlindungan dari Allah mengenai 4 perkara" [Mausu'ah Masaa'il al-Jumhuur, 1/172].

Sepakat al-Syafie dan rakan-rakannya mengatakan adalah mustahab (digalakkan) membaca do'a selepas tashahud dan selawat keatas Nabi :saw, dengan katanya : hendaklah berdo'a apa sahaja perkara akhirat dan dunia, akan tetapi perkara akhirat lebih afdal, dengan membaca do'a yang ma'thur [al-Majmu' 3/451].

Q1 - Tidak perlu membaca do'a selepas tahiyat jika anda belum tahiyat akhir. Malah ada ulama' mengatakan bahawa apabila seseorang makmum menyertai Imam pada tahiyat akhir, tidak wajib baginya membaca tashahud [al-Qaul al-Tamaam fi Ahkam al-Ma'mum wa al-Imam]. Anda boleh membaca do'a anda didalam tahiyat akhir nanti.

Q2 -Apabila Imam selesai memberi salam ke 2, makmum hendaklah segera bangun menyelesaikan rakaat yang berbaki. Ada dikalangan ulama' Mazhab Syafie yang mengatakan bahawa makmum wajib segera bangun. Sila lihat tautan dibawah ini :-

SJ-05-0417 : Sambung masbuq dan ucapan salam
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=37279

Q3 - Kalau tertinggal do'a ini, solat masih sah. Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, jumhur ulama mengatakan bahawa do'a selepas tashahud akhir hanyalah sunnat [al-Fiqh al-Islami, 1/721].

Sekian, wassalam

خيرالأمين