SJ-02-0035 : HIZBUT Tahrir VS PAS

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-02-0035 : HIZBUT Tahrir VS PAS

assalamualaikum wb.
para panel ahkam dan forumer ahkam yg sntiasa dirahmati Allah insyaAllah..

ust, hampir sebulan ana luangkan masa berdiskusi dgn ahli2 HT yg kesemua mereka menghukum demokrasi sbg haram mutlak dan kaedah yg diguna oleh PAS adalah haram dan salah.

ana berhujah dgn pndgn popular ulama2 temporori iaitu keberadaan gerakan Islam krn 2 perkara.
1. krn kaedah fiqh yg mengatakan sesuatu yg wajib tdk akan terlaksana melainkan sesuatu maka ia wajib.
2. krn utk mengelakan darurat yg lebih besar. ini krn kalau tiada gerakan Islam di demokrasi maka mudharat yg akan menimpa lebih teruk..

ana nk mnta pndgn ust tentang apa yg dikatakan tentang keharaman demokrasi ni.

1.siapa ulama yg mengharamkan demokrasi ni?
apa hujah dan dalil mereka?

2.siapa ulama yg mengharuskan demokrasi ini?
apa hujah dan dalil mereka?

3. kemudian ana nk tanya apakah menegakan Khilafah satu kewajipan? apakah dalilnya?

4. apakah dgn menyebarkan Islam bkn melalui manhaj nabi satu kesalahan dan haram? krn mereka berhujah dgn ayat yg memerintahkan org beriman supaya masuk ke dlm islam secara kaffah.

5. apakah demokrasi itu adalah sistem kuffar dan haram diikuti?

kebanyakkan ust2 pas bila berhujah tdk bersandarkan dalil2 yg kuat dan mantap.
ramai anak2 muda PAS lari pergi ke HT krn melihat kekuatan hujah mereka.

utk makluman ust, mereka di hantar ke indonesia dan dilatih secara KHUSUS utk berdebat soal kewajipan khilafah dan KEHARAMAN demokrasi.... See More

smoga Allah tunjukan kebenaran dan bantu gerakan Islam. bagi ana dua2 betul..
yg x btol bila HT kata PAS x betol...
smoga ust dpt luangkan ms utk mnjwp persoa;lan ini..

salam wb.

Re: HIZBUT Tahrir VS PAS

:salam

Persoalan demokrasi , khalifah , dan sebagainya adalah persoalan yang menjadi perselisihan ulama.Seperti yang telah saudara sebutkan , saudara telah mengutarakan pendapat dan hujjah ulama2 yang membenarkan demokrasi.Maka kami berpendapat tidak perlulah lagi disertakan hujjah2 tersebut.

Sebenarnya , persoalan2 ini lah yang memecah belahkan umat Islam seluruh dunia.Masing2 menegakkan hujjah masing tanpa mengiktiraf hujjah pihak lain.Ini semua perbuatan 'kurang cerdik' umat Islam yang akhirnya akan menimbulkan kesulitan dan masalah demi masalah yang melanda umat Islam di zaman ini.

Bagi kami , banyak lagi persoalan umat yang memerlukan keutamaan untuk difikirkan daripada bertelingkah sesama sendiri mengenai perkara yang telah pun diputuskan oleh para alim ulama berkenaan dengan demokrasi antaranya Fadhilatus Syaikh Dr Abd Karim Zaidan dan Fadhilatus Samahah Dr Yusof Al-Qaradhawi.kedua2 tokoh ulama inilah yang banyak menulis artikel atau buku2 tentang keperluan umat Islam menyertai sistem demokrasi atas dasar maslahah....

Sebab apa dikatakan maslahah?...sebab seluruh dunia mengguna pakai sistem demokrasi.Maka terlibat dalam sistem tersebut atas sebab ingin medapatkan kuasa daripada pemerintah Toghut yang menggunakan sistem demokrasi.Apabila telah mendapat kuasa , barulah sistem pemerintahan demokrasi dapat ditukarkan kepada sistem yang diguna pakai oleh rasulullah saw.

Maka ,apakah dengan memulaukan pilihanraya yang menggunakan sistem demokrasi itu dan tinggal terperuk dalam hutan atau di gua2 akan menyebabkan negara Islam , sistem khalifah , undang-undang Islam tertegak.???
kalau jawapannya , YA dengan pertolongan Allah , Maka kalau begitu , tidak perlulah Rasulullah saw menyusun strategi untuk berperang dengan kaum quraisyh....tunggu aje lah pertolongan Allah.!!

Maka sekali lagi di tegas..atas dasar maslahah lah pemimpin Islam harus menyertai pilihanraya yang menggunakn sistem demokrasi demi mendapatkan kuasa untuk menegakkan negara Islam sebenar...Tak kan itu pun HT tak boleh fikir??....Inilah bahananya bila memahami Islam dengan hawa nafsu dan sikap gopoh gapah tanpa berpandukan kepada pemahaman Al-Quran dan sunnah yang sebenar.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com