SJ-07-0208 : Ucap "Rest In Peace" pada bukan islam yg mati

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0208 : Ucap "Rest In Peace" pada bukan islam yg mati

:salam

Terkini seorang tokoh dalam dunia IT telah meninggal dunia iaitu Steve Jobs, ramai yg mengucapkan takziah samada dalam forum mahupun rangkaian sosial seperti facebook dan sebagainya, tidak kira non muslim atau muslim sendiri di seluruh dunia.

Apa yang menjadi kemusyikilan adalah, bolehkah kita sebagai seorang muslim mengucapkan kepada non muslim yang meninggal dengan ucapan "Rest In Peace" - seoalah mendoakan utk kesejahteraan dan keamanan setelah meninggal dunia?

Apakah tatacara sesuai utk kita sebagai seorang muslim mengucapkan kepada org non muslim dalam situasi sebegini - seseorang bukan islam yg meninggal.

Maaf jika soalan ini telah ditanya mahupun telalu simple, tetapi ia sering kali berpusing-pusing dalam kepala saya ini, sebab ramai kawan2 saya yang ucap sebegini.

Moga panel al-ahkam dapat merungkaikan kemusykilan saya ini.

Moga Allah merahmati usaha tuan-tuan sekalian insyaAllah.

Sekian terima kasih

Wassalam.

Re: Mengucapkan "Rest In Peace" pada bukan islam meninggal dunia

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Mungkin kalau kita tahu bait penuh ucapan “Rest in Peace” atau RIP, kita tidak akan berani mengucapkannya lagi. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.

Persoalannya, apakah hukum umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan Islam? Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.

Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace

خيرالأمين