SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID

a,salam wm wb.

saya ingin tumpang bertanya satu soalan(kurang faham) bab tauhid.

saya ada mendengar kalimat 'LA ILAHA ILLALLAH'
mempunyai dua belas huruf.

apa kaitan 12 huruf dengan 12 jam.

terimakasih.
:flame

Re: SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Apakah kalimah Tauhid itu ? . Ia adalah kalimah :


áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóåõ

“ TIDAK ADA SAMA SEKAI TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DAN DIIBADATI MELAINKAN ALLAH “.

Sebenarnya umat Islam tidak pernah dituntut untuk mengetahui apakah hikmah di sebalik kalimah Tauhid “ LA ILAHA ILLALLAH “ itu mengapakah disusun drp 12 huruf ? , dan apakah kaitannya 12 huruf itu dengan 12 jam . Masih banyak lagi yang perlu dibereskan oleh umat Islam , khasnya mengenai kewajipan yang bersifat fardhu ‘ain dan menambah pengetahuan mengenainya. ;)

Namun , demi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kepalsuan yang sering dijadikan bahan serangan kepada pemikiran umat Islam , maka kami akan menjawabnya juga.

Kalimah Tauhid ( Kalimah Syahadah ) itu yang tersusun drp 12 huruf Arab mempunyai kaitan dengan 12 jam dari segi kedua-duanya adalah diciptakan oleh Allah Ta’ala , Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Perkasa.

Kaitan di antara kedua-duanya tidak pernah pun dibincangkan oleh ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini – sama ada daripada golongan yang mengaku Salaf, Khalag ataupun Sufi.

Yang terlalu rajin memperkaitkan segala jenis angka dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim ialah Dr. Rashad Khalifa daripada Mesir , yang kemudiannya dikembangkan fahaman mengenai ajaran tersebut di Tucson, Arizona , USA. :shocked:

Beliau merupakan pelopor kebangkitan Golongan Anti-Hadis ( GAH ) di dunia moden ini dengan membawa ajaran yang dikenali sebagai “ KOD 19 “. :atschool

Beliau dipuja , dikultus dan “ disembah “ oleh seluruh GAH , khasnya Dr. Kassim Ahmad kerana mempercayai bahawa kajian Dr. Rashad Khalifa adalah “ Kajian Saintifik “. :happydevi

Bagi kita , umat Islam yang beriman dengan Al-Quranul Karim , Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w yang sahih dan yang mempercayai bahawa ulama’ ( rh ) yang benar-benar berpegang teguh dengan kedua-duanya itu tidak mengakui bahawa kajian Dr. Rashad Khalifa itu sebagai kajian ilmiah ataupun saintifik , bahkan ianya adalah kajian karut dan dongeng-dongengan yang bersalutkan nama “ Saintifik “.

Bukan semua yang bernama Sains itu betul dan boleh diterima oleh Islam . Lihat saja kepada Kajian Charles Darwin dengan teori “ manusia berasal drp beruk “. Adakah logik dan menepati dengan ajaran Islam !? . Kalau tepat dengan kajian Sains , sukalah kita bertanya : “ Bilakah pula beruk-beruk di dalam zoo negara itu akan menjadi manusia dengan proses evolusi sbg mana yang dikemukakan oleh teori Darwin itu ? “.

Begitulah juga dengan apa yang dinamakan oleh masyarakat Barat sebagai “ SCIENCE FICTION “ , yang mana ianya dipinjam oleh bahasa kita sebagai “ Sains Fiksyen “ . Walhal ianya tidak layak langsung digabungkan dengan perkataan “ SCIENCE “ ( Sains ) , kerana “ FICTION “ itu sendiri bermakna sesuatu yang diada-adakan dan yang dikarang. Akan tetapi dengan menamakannya sebagai salah satu cabang Ilmu Sains , maka umat manusia , termasuklah umat Islam tetap menerima segala dongeng-dongengan itu ( seperti Star Trek , StarWars , V , E.T dan lain-lain lagi ) kerana termakan dengan taktik Barat untuk mempengaruhi pemikiran Umat Islam.

Di dalam sejarah perkembangan pemikiran umat Islam , memang ada satu kelompok yang suka mengkaji jenis-jenis karut-marut seperti itu , lalu disadur kekarutan itu dengan menggunakan hujah-hujah daripada Al-Quranul Karim dan As-Sunnah dengan cara istidlal ( pengambilan dalil dan hukum ) yang tidak betul . Kelompok itu dikenali sebagai “ BATINIYYAH “ yang kemudiannya terpecah pula kepada beberapa kumpulan , seperti Syiah , Ajaran Rahsia Huruf, Martabat Tujuh , Ajaran Nur Muhammad , Ajaran Faqrullah Qadiri , Taslim , Ilmu Hakikat , Ilmu Mengenal Diri , Hasan Anak Rimau dan lain-lain lagi.

Golongan inilah yang suka sangat mengkaji mengenai huruf-huruf abjad lalu dikaitkan pula huruf-huruf tertentu dengan nasib baik dan nasib buruk , kuasa itu dan kuasa ini , alamat itu dan alamat ini dan sebagainya lagi. Tindak-tanduk mereka di saat itu sama dengan tindakan seorang ahli nujum ataupun dukun karut.

Yang paling celaka sekali ialah , golongan seperti ini suka menggunakan ayat-ayat Al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist secara eksploitasi , tanpa melakukan kajian ( istidlal dan istinbat ) dengan mengikut disiplin-disiplin ilmu di dalam pengajian agama Islam. Hasilnya mereka akan mengatakan bahawa INILAH KEHENDAK ALLAH TA’ALA , walhal ianya jauh sama-sekali dengan kehendak Allah Ta’ala !!! .

Kalau kita mempelajari mengenai Al-Quran , maka sudah tentu kita akan belajar dahulu mengenai hukum-hakamnya menurut perspektif Ilmu Tajwid, kemudian dilanjutkan kepada Ilmu Terjemahan Al-Quran dan Selok-Belok Ilmu Bahasa Arab ( Nahu – Sorof – Balaghah ) . Kemudian disusuli pula dengan Ilmu Tafsir dan begitulah seterusnya.

Akan tetapi , puak-puak Batiniyyah ini pula , lain halnya . Mereka suka berbicara sebegini : “ Haa. ! cuba kamu lihat huruf Alif pada kalimah ALLAH ini , kalau dia menegak , apa maksudnya ? , kalau dia condong apa maksudnya ………dan bla bla bla “ .

Sudah pastilah soalan dan ilmu seperti ini tidak boleh dijawab ( sebagai mana yang mereka mahukan ) oleh para ustaz-ustazah dan ‘alim-‘ulama kita kerana ilmu seperti itu sendiri tidak berasal daripada ajaran Islam.

Tetapi , puak-puak Batiniyyah ini memang suka menonjolkan diri mereka dengan soalan-soalan dan ilmu-ilmu seperti itu agar mereka nampak hebat dan nampak lebih tahu daripada kebanyakan ustaz-ustazah yang bersusah-payah mempelajari pengajian Islam dalam tempoh yang lama .

Lalu , akhirnya , soalan yang berasal daripada “ teka-teki angka dan permainan huruf “ itu akan beralih pula kepada soalan-soalan “ pekena orang “ yang dipenuhi dengan 1001 macam teka-teki mantiq dan falsafah . Contohnya golongan ini suka bertanya sebegini . ( Kami nyatakan secara dialog agar lebih mudah difahami oleh para pembaca sekalian ) :

A : Siapakah nama kamu ? .

B : Saya , Malik .

A : Baiklah Saudara Malik , di manakah Malik itu sebenarnya ? .

B : Hmm…di sini ( sambil Malik menunjukkan ke dadanya ).

A : Eh ! , itu bukan Malik , itu adalah dada.

B : Hmm….Malik itu di sini sampai sini ( Malik pun mengisyaratkan daripada hujung kepalanya sampai hujung kakinya ).

A : Hah ! , itu pun bukan Malik , itu anggota tubuh badan.

B : Alamak …… itu bukan , ini pun bukan , agaknya yang ini kot Malik ( sambil Malik pun menunjukkan namanya di dalam kad pengenalannya ).

A : Itu pun bukan Malik , tapi itu adalah kad pengenalan yang mempunyai nama Malik.

## Begitulah kisahnya dialog yang benar-benar pernah terjadi di antara seseorang orang awam dengan seorang yang terlibat dengan Fahaman Batiniyyah .

Fahaman ini akhirnya akan membungakan pula soalan-soalan seperti ini :

“ Siapakah Tuhan ? “ , “ Kalau benar Allah itu Tuhan , maka di manakah Dia ? “ , “ Kalau benarlah Tuhan itu adalah Allah , maka siapakah Allah sebelum Dia bergelar Tuhan dan apakah nama Allah sebelum dia dinamakan sebagai dengan nama itu ? “.

Sayang seribu kali sayang , soalan-soalan seperti itu sebenarnya tidaklah membawa si penyoalnya kepada lebih mendekati Allah Ta’ala , bahkan kebanyakan mereka yang telah terlalu banyak termakan “ racun Batiniyyah “ itu , menjadi lebih jauh bahkan kufur dan syirik pula dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Fahaman ini tidak ada sama-sekali kaitannya dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w , bahkan ianya adalah lanjutan daripada pengaruh ajaran Falsafah Pythagoras yang mengatakan bahawa alam wujud ini berasal daripada bilangan . Lalu , puak Batiniyyah pula menyambung teori itu dengan mengatakan bahawa Kalimah LA ILAHA ILLALLAH itu ada 12 huruf disebabkan di langit ada 12 buruj ( planet / bintang ) .

Teori Falsafah yang canggung ini telah ditolak dan dikritik oleh Aristotle ( seorang sarjana dan filosuf Yunani Kuno yang terkenal ) dan ditolak serta ditentang hebat pula oleh Hujjatul Islam , Al-Imam al-Ghazali menerusi kitabnya yang terkenal : “ Al-Munqiz minad dholal “ ( Penyelamat Daripada Kesesatan ) .


KESIMPULANNYA :

Kita tidak pernah disuruh mengkaji apakah hikmah disebalik 12 huruf yang terdapat di dalam kalimah syahadah itu , bahkan sebenarnya yang dituntut ialah kita mempelajarinya dan menghayati apakah tuntutan dan komitmen yang perlu kita laksanakan sejajar dengan isi kandungan kalimah syahadah itu .

Di antara tuntutan kalimah syahadah itu ialah mengesakan dan mentauhidkan Allah Ta’ala tanpa sekutu dan bandingan . Menegakkan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya . Menentang segala jenis fahaman yang boleh membawa kepada kemurtadan , kekufuran dan kesesatan . Di samping itu juga menjalankan Al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘Anil Munkar di dalam konteks memenuhi kewajipan sebagai seorang hamba Allah Ta’ala yang hidup bermasyarakat .

Sebelum mengakhiri jawapan ini , diharap saudara-saudari dapat merujuk kepada url berikut yang mengandungi masalah yang sama dengan masalah ini . Url nya ialah : SJ - 2205 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT PANDANGAN ISLAM http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10011

Sekian . Wallahu A’alam Bissowab Wahuwa Yahdis Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Dzulqa’edah / 1423 H
27 / Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID

Koreksi sistem pernomboran SJ sahaja