000011-SJ-SOLAT: Qadha solat/puasa

Primary tabs

1 post / 0 new
000011-SJ-SOLAT: Qadha solat/puasa

Quote:
Seorang yang hilang ingatan (bukan gila) akibat penyakit seperti kerasukan jin, apakah perlu qodha solat/puasa yang ditinggalkan selama sakit itu?.

Jawab
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah

Hukumnya sama juga dengan koma, pingsan atau dibius; ia dikategorikan sbg hilang ingatan tanpa disengajakan; di sini ulamak berbeda pandangan; Jumhur ulamak berpendapat: gugur kewajipan solat jika hilang ingatannya berlarutan hingga dua waktu solat yg boleh dijama'. Cthnya: jika hilang ingatan seseorang itu bermula waktu zuhur dan berterusan hingga waktu Asar habis, maka gugurlah kewajipan solatnya tanpa perlu qadha. Imam Syafi'iy : Gugur kewajipan solat jika hilang ingatan itu satu waktu solat penuh. Imam Hanafi: jika hilang ingatan melebihi 5 waktu solat, baru gugur wajibnya solat. (Rahbawi,
Solat 'ala madzhaahib arba'ah)

Manakala Syaikh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) berpendapat madzhab Ibn Umar, azZuhri, Hasan alBasri dan Ibn Sirin berfatwa bahawa tidak perlu qadha' solat jika hilang ingatan disebabkan pingsan atau seumpamanya.