SJ–2375: Pengesahan maklumat mengenai Hadith riwayat Muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ–2375: Pengesahan maklumat mengenai Hadith riwayat Muslim

Saya terbaca mengenai hadith-hadith berikut berserta periwayat (narrator) masing-masing. Bolehkah ustaz sahkan samada ia benar-benar seperti yang dinyatakan di bawah atau terdapat kesilapan di mana-mana :

(1) Jubayr Ibn Abdullah berkata : "Rasulullah melarang kita menyilang (cross) kaki sambil baring"
- Muslim

(2) Ebada Ibn Tamim berkata, ayah beliau melihat Rasulullah baring sambil menyilang kaki di dalam masjid
- Muslim

Benarkah kedua-dua hadith tersebut diriwayat oleh Muslim?
Terima kasih.

Re: Pengesahan maklumat mengenai Hadith riwayat Muslim

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Berikut ini adalah teks Arab dua hadis berkenaan:


2099 æÍÏËäí ÅÓÍÇÞ Èä ãäÕæÑ ÃÎÈÑäÇ ÑæÍ Èä ÚÈÇÏÉ ÍÏËäí ÚÈíÏ Çááå íÚäí Èä ÃÈí ÇáÃÎäÓ Úä ÃÈí ÇáÒÈíÑ Úä ÌÇÈÑ Èä ÚÈÏ Çááå Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá Ëã áÇ íÓÊáÞíä ÃÍÏßã Ëã íÖÚ ÅÍÏì ÑÌáíå Úáì ÇáÃÎÑì

2100 ÍÏËäÇ íÍíì Èä íÍíì ÞÇá ÞÑÃÊ Úáì ãÇáß Úä Èä ÔåÇÈ Úä ÚÈÇÏ Èä Êãíã Úä Úãå Ãäå Ëã ÑÃì ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãÓÊáÞíÇ Ýí ÇáãÓÌÏ æÇÖÚÇ ÅÍÏì ÑÌáíå Úáì ÇáÃÎÑì

Keterangan:
Hadis pertama melarang bersilang kaki ketika berbaring jika dikhuatiri akan terbuka aurat. Hadis kedua pula, menyatakan tidak mengapa jika terhindar dari perkara berkenaan.
(Ruj: Syarhun Nawawi Ala Shahih Muslim, Juz 14, hal. 76, Faidhul Qadir, juz 1, hal. 277)

Itu adalah antara penafsiran mengenai dua hadis di atas. Wallahu A'lam

:wassalam