SJ – 2219 : KERUSI SANG GURU ( ADAB BELAJAR )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2219 : KERUSI SANG GURU ( ADAB BELAJAR )

:salam

Saya pernah mendengar bahawa dalam adat berguru dan menuntut ilmu, golongan pelajar tidak dibenarkan duduk di tempat duduk guru, Katanya, "tidak berkat". Betul ke? Dalilnya?

:wassalam

Re: SJ – 2219 : KERUSI SANG GURU ( ADAB BELAJAR )


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2219 : KERUSI SANG GURU ( ADAB BELAJAR )


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr daripada “ Negeri Serambi Mekah “ . Kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan menjawab soalan ini .

Saudaraku yang dikasihi ,
Di antara fungsi utama Islam itu diutuskan kepada manusia ialah untuk mendidik manusia itu khasnya agar menjadi manusia yang betul-betul manusia , bukannya manusia yang bersifat seperti binatang , apatah lagi seperti syaitan ( Wa Na’uzubilLahi Min Dzalik ) . Dalam perkataan lain : “ Islam itu diutuskan untuk mendidik manusia agar beradab / beretika / mempunyai nilai-nilai murni / berakhlak dan berbudi-perkerti mulia “ .

Lantaran itulah , Junjungan Besar kita ; Baginda Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÅöäøóãóÇ ÈõÚöËúÊõ áöÃõÊóãøöãó ÕóÇáöÍó ÇáúÃóÎúáóÇÞö

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , beliau berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Sesungguhnya aku ini diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan kebaikan akhlak “ .
~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam “ Adabul Mufrad “ ( 273 ) , Al-Imam Ahmad rh ( 2 / 381 ) , Al-Imam Ibnu Sa’ad rh ( 1 / 151 ) , Al-Imam al-Hakim rh di dalam “ Al-Mustadrak “ ( 2 / 613 ) dan Al-Imam as-Suyuti rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 2584 ) .

Di antara adab-adab yang terpuji yang perlu dijunjung tinggi oleh seseorang manusia , apatah lagi seseorang yang beragama Islam ialah : MENGHORMATI ILMU DAN AHLI ILMU .

Ahli Ilmu ini ialah guru-guru yang mengajar segala macam ilmu , lebih-lebih lagi ilmu-ilmu yang ada kaitannya secara langsung dengan cara bagaimanakah kita hendak semakin hampir dengan Allah Ta’ala ; Tuhan yang kita sembah dan kita puja setiap hari .

Di antara kitab yang sangat terkenal di dalam dunia umat Islam , khasnya di nusantara ini ialah sebuah kitab yang bernama : “ TA’ALIMUL MUTA’ALLIM TORIQU at-TA’ALLUM “ , yang merupakan satu buah tangan terhebat daripada Asy-Syeikh Az-Zarnuji ( rh ) .

Kitab ini biasanya dipakai sebagai bahan pendidikan di pondok-pondok dan di pesantren-pesantren ,

Tidaklah melampau kalau dikatakan bahawa walaupun kitab ini kecil sahaja , tetapi isinya padat dan sangat bernilai serta ianya sukar ditandingi .

Tidaklah berlebihan pula jika dikatakan isi-isinya dipenuhi dengan berbagai petua dan formula untuk meraih kejayaan cemerlang di dalam pelajaran .

Dan tidaklah juga dianggap taksub ataupun ekstrim jika dikatakan bahawa kitab ini dan kitab seperti ini , MESTI disebarkan ( dan diajar ) di semua pusat pengajian , lebih-lebih lagi di dalam senario sekarang yang banyak menyaksikan keruntuhan sosial dan kebejatan moral yang melanda ( Allahumma Aslih Ahwalana : Ya Allah Ya Tuhan Kami , tolonglah perbaiki keadaan kami . Amin ) .

****************************************

Di antara isi kitab tersebut yang mempunyai kaitan dengan soalan yang saudara timbulkan ialah :

{ Guru kami ; Syeikh Sadiduddin asy-Syirodzi rh pernah menceritakan sebuah nasihat yang beliau dapati daripada gurunya : “ Sesiapapun yang mengkehendaki anaknya menjadi seorang ‘alim – cendekiawan – maka hendaklah dia memelihara, menghormati dan memberikan sesuatu kepada ahli agama. Andaikata anaknya tidak menjadi ‘alim , pasti cucunya kelak yang akan menjadi ‘alim “ . }

Selanjutnya penulis kitab ; Asy-Syeikh Az-Zarnuji rh memberikan huraian bagi pesanan gurunya di atas :

“ Di antara cara hormat kepada guru ialah tidak berjalan di hadapannya , tidak duduk di tempat yang biasa dia duduk , tidak memulakan percakapan melainkan dengan izinnya , tidak banyak berbicara di sisinya , tidak menayakan sesuatu soalan yang sia-sia , tetapi hendaklah menjimat waktu dan tidak perlu mengetuk pintunya , sabarlah sehingga dia keluar . Ringkasnya , berusahalah menyenangkannya dan hindarilah apa sahaja yang boleh mengundang kemarahannya. Patuhilah semua perintahnya selagi tidak menyalahi ketetapan Allah , kerana tidak perlu tunduk kepada makhluk yang melawan kehendak Allah “ .

# Tamat petikan kitab #

****************************************

Marilah kita berfikir sejenak , apakah pandangan kita jika ada seseorang pekerja biasa yang duduk di kerusi bossnya . Adakah tindakan itu salah ? . Salahkah perbuatannya itu di sudut peraturan duniawi mahupun menurut ketentuan agama ? .

Tentu ada yang menjawab : “ Salah atau tidak menurut peraturan dunia , itu kami tak tahu . Dan kalau agama kita kata perkara itu salah , kami pun tak tahu apakah dalilnya “.

Ya , kemungkinan besar itulah jawapannya jika kita ajukan permasalahan ini pada masyarakat awam di sekeliling kita .

Namun , yang pasti , semua pasti akan menjawab : “ Perbuatan perkerja itu sudah tentu dianggap KURANG AJAR , BIADAP DAN “ NAIK TOCANG “ !!! “ . :happydevi

Jadi , walaupun ianya tidak disebutkan secara spesifik ( khusus ) oleh Baginda Rasulullah s.a.w , tapi yang pasti , setiap manusia , sama ada dia orang-orang yang bukan Islam , apatah lagi orang-orang Islam akan mengatakan bahawa perkara seperti itu dianggap sebagai TIDAK BAIK DAN TIDAK SOPAN ! .

****************************************

CERITA DAN PENGALAMAN SEBAGAI IKTIBAR ( PENGAJARAN ) : :smirk:

Semasa di zaman muda remaja dulu , kami sempat “ meneguk setitik-dua ilmu “ dan “ merasa kehebatan sang guru “ tatkala kami belajar daripada seorang guru tua dari aliran Seni Gayung Fatani di Kampung Titi Kasai , Batu Kurau , Perak Darul Ridzuan .

Guru tua tersebut merupakan salah-seorang guru silat yang sangat terkenal di daerah tersebut , bahkan bukan sahaja beliau mengajar kami “ setapak-dua “ Seni Silat , bahkan beliau lebih banyak mendidik kami agar menjadi seorang pendekar ( pandai akal ) yang berakhlak mulia dan berfikiran matang . Tidaklah melampau jika kami katakan bahawa beliau lebih banyak mengajar kami bagaimanakah hendak berfikir dan berbudi-pekerti mulia berbanding dengan gerakan-gerakan buah pukulan silat dan tarian perang .

Guru tersebut kami panggil sebagai “ Pak Long Mat Aji “ yang merupakan seorang bilal di kampung tersebut .

Dalam gelanggang kami yang dibina secara gaya lama ( gaya kampung ) , ianya diperbuat daripada batang pinang , buluh , atap nipah , dan berlantaikan pasir . Disediakan juga tempat duduk ( pangkin ) yang berasingan , iaitu satu untuk guru-guru dan jurulatih-jurulatih dan satu lagi ( yang berhadapan dengan pangkin guru-guru ) ialah tempat duduk bagi pasukan gendang & serunai dan juga untuk murid-murid . Di antara kedua-dua pangkin itu ialah laman tempur , yang digunakan untuk berlatih Seni Silat . Dan laman tersebut dipagari pula dengan buluh-buluh separas pinggang .

Tatkala kami tengah syok melihat “ orang-orang lama “ berlatih silat , Guru kami , Pak Long Mat Aji memanggil kami ( waktu itu saya dan seorang teman dari K.L sedang belajar daripada beliau ) . Pak Long pun memberitahu kami setelah kami duduk di samping beliau ( di atas kehendak beliau ) . Katanya : “ Awang ( panggilan untuk seorang remaja ) ! , hok sebenarnya tempat duduk nih adolah untuk guru-guru jah , tok molek do’oh kalu anok-anok murid duduk sini , tapi mu duduk sini tak po lah sebab Pak Long hok panggil mu mari perapat sini “. ( Di kawasan Batu Kurau dan Selama , memang loghat yang digunakan adalah seakan-akan loghat Kelantan disebabkan kebanyakan penduduk di kawasan ini berasal daripada Patani , Selatan Thailand ) .

Ertinya : Adab seperti ini juga bukan sahaja diajarkan oleh agama kita , bahkan di dalam budaya kita sendiri turut mewarisi adat yang baik ini . :smirk:

Sebelum kami menutup jawapan ini , sukalah kami membawa serangkap pantun yang boleh dijadikan bahan pendidikan anak-anak kita . Pantun itu di karang oleh Almarhum Ustaz Hanafi yang menjadi pengasas kepada kewujudan Silat Cekak . Pesan beliau ( rh ) :

“ Taat kepada guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat”

Sekian . Semoga ada manfaatnya bagi kita semua . Amin .

Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

KIAT SUKSES DI DALAM MENUNTUT ILMU
Terjemahan Kitab “ Ta’alimul Muta’allim Toriqut Ta’allum “
Oleh : Almarhum Syeikh Az-Zarnuji ( rh )
Diterjemahkan Oleh : Ghazali KH
Terbitan : Rica Grafika , Jakarta.


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
30 / Dzulqa’edah / 1423 H
1 / Febuari / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah