SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN SIFA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN SIFA

Assalamu'alaikum!

# Minta pendapat Ustaz berkenaan keadaan ini:

Sekiranya kita yakin sesuatu perkara itu datang dari nas yang shahih berdasarkan ilmu yang pernah kita pelajari melalui kuliah ilmu/bacaan dll dan kemudian kita beramal dgn nya. Akan tetapi setelah beberapa bulan atau tahun, kita masih mengamalkannya namun begitu kita tidak berapa ingat akan sanad/matan hadith atau firman Allah di dlm Al-Quran yg menyandarkan amalan tersebut.

Soalan saya:

1) Apakah kriteria yg ditetapkan oleh para fuqaha' bg seseorang utk beramal dgn sesuatu amalan/ibadat (khusus atau am)? Adakah dia perlu setakat mengetahui memamg wujud nas berkenaan dgn amalan itu atau perlu mengetahui secara detail, siapakah yg meriwayatkan hadith tersebut dan apakah matan hadith tersebut?

2) Dlm bab batal wudhu' dan qunut contohnya. Berdasarkann ilmu yg diperoleh dr Al-Ahkam contohnya, setiap kali kita membaca soal/jawab berkenaan isu tersbut, kita akan ingat/recall yg ianya adalah ijtihad dari beberapa ulama' mujtahidin yg semuanya adalah benar, tsabit dari amalan Rasulullah SAW. Kemudian kita pun memilih pendapat yg paling rajih berkenaan dgn isu tersebut dan terus beramal dgn nya.

Akan tetapi selepas beberapa ketika, kita lupa semula siapa yg mempunyai pendapat ini dan siapa yg memegang pendapat itu. Akan tetapi kita yakin bahawa semuanya dalah shahih dan dtg dr Rasulullah SAW. Adakah ini suatu kesalahan?

3) Ini pula berkenaan dgn bab aqidah. Mungkin seseorang itu tidak hafal sifat wajib bg Allah/Rasul dll, akan tetapi dia percaya dgn yakin bahawa Allah itu mmg wujud dan tidak mati, walaupun dia tak hafal sifat 20. Sama juga dia tak hafal sifat wajib bg Rasul, tapi dia yakin dgn benar bahawa Rasul itu mmg benar (siddiq). Adakah aqidah yg spt ini memadai sbg seorang Muslim?

Jzk. :confused:

Re: SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN SIFAT 20

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Abdulrahman yang mengemukakan soalan yang baik . Dan “ Selamat Bertemu Kembali “ kami ucapkan kepada saudara .

Soalan – soalan yang saudara kemukakan di atas adalah soalan yang banyak dibahaskan di dalam ILMU USUL FIQH , TARIKH TASYRIE’ ( Sejarah Perundangan Islam ) dan juga ‘AQIDAH ( Tauhid ) .

Kami AMATLAH TIDAK MENGGALAKKAN saudara-saudari semua bertanya secara RAMPAI / BERBAGAI TOPIK / ROJAK di dalam satu kiriman ( posting ) . SEBAIK-BAIKNYA ialah di dalam satu kiriman itu hanya berdasarkan satu topik sahaja . Dan kalau mahu bertanya pula mengenai topik yang lain daripada topik pertama tadi , maka silalah kemukakannya di dalam posting selanjutnya .

Ini tidak lain dan tidak bukan , demi memudahkan kerja-kerja kita semua , khasnya apabila kita mahu menggunakan SEARCH ENGINE untuk mencari masalah-masalah / topik-topik tertentu .

Harap Maklum .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Kembali kepada soalan saudara Abdulrahman yang dihormati ,

Soalan 1 & 2 di atas adalah di antara soalan-soalan yang kerap ditanya kepada kami di al-Ahkam Online . Ini disebabkan perbahasan mengenainya itu sendiri mencakupi apa yang dikenali sebagai “ MAZHAB “ , “ TAQLID “ , “ TALFIQ “ , “ ITTIBA’ “ dan “ IJTIHAD “ . Sila gunakan kesemua perkataan tersebut apabila mencari sesuatu topik berkaitan di SEARCH ENGINE .

Dan sebelum kami masuk ke dalam jawapan bagi soalan 1 & 2 , marilah kita mengulang-kaji semula beberapa istilah yang berkaitan dengan topik yang dibahaskan ini .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="#0000ff" size="4"] { 1 } ~ TAQLID { ÇáÊÞáíÏ } :


ÇáÊÞáíÏ åæ ÃÎÐ Þæá ÇáÛíÑ ãä ÛíÑ ãÚÑÝÉ Ïáíáå

Ertinya : “ Taqlid ialah mengambil pendapat orang lain tanpa diketahui dalil-hujahnya “ ~ ( Sila Rujuk : Usul Fiqh Al-Islami, oleh ‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily, Jilid ke-2, halaman 1148 , Syarah Jam’ul Jawami’ 2/322 , Al-Mustasfa 2/123, Al-Amidi 3/166, Irsyadul Fuhul 234 dan lain-lain. ) .

# Maksudnya : Setiap amalan ibadah yang dilakukan tanpa diketahui punca dan sumbernya daripada al-Quranul Karim ataupun Hadist-Hadist yang sahih maka itulah dia TAQLID . Contohnya : Seseorang yang mempelajari tatacara sembahyang tanpa mengetahui apakah dalil-dalil daripada al-Quranul Karim ataupun Hadist bagi setiap perbuatan sembahyangnya itu .

# Orang yang bertaqlid ini digelar sebagai : “ MUQALLID “ .

# Taqlid juga dikenali sebagai : “ Imitation Of A School Of Thought “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="#0000ff" size="4"]{ 2 } ~ ITTIBA’ { ÇáÅÊøÈÇÚ } :


ÇáÅÊøÈÇÚ åæ Óáæß ÇáÊÇÈÚ ØÑíÞ ÇáãÊÈæÚ æ ÃÎÐ ÇáÍßã ãä ÇáÏáíá ÈÇáØÑíÞ ÃáÊí ÃÎÐ ÈåÇ ãÊÈæÚå

Ertinya : “ ITTIBAA’ ialah Ikutan seseorang terhadap imamnya (matbu’) dengan diketahui dalil-dalil yang diambil daripada orang yang diikuti itu “ ~ ( Rujuk : USUL FIQH AL-ISLAMI, oleh ‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily, Jilid ke-2, halaman 1149, terbitan Darul Fikr, Beirut ).


ÇáÅÊøÈÇÚ åæ ãÇ ËÈÊ Úáíå ÍÌÉ

# Ertinya : “ ITTIBAA’ juga dikenali sebagai : " Apa-apa yang tetap-teguh alasannya ö ) Sila Rujuk : Kembali Kepada Al-Quran & As-Sunnah, ms 391, oleh K.H Moenawar Chalil, Terbitan : Bulan Bintang, Jakarta ).

# Contoh pengamalan Ittiba’ ialah : Seseorang yang mempelajari mengenai tatacara sembahyang dengan mengetahui dalil-dalil bagi setiap perbuatannya itu , yang bermula daripada Takbiratul Ihram sampailah memberi salam .

# Mengetahui dalil-dalil itu tidaklah perlu sampai ke tahap terperinci . Cukuplah sekadar mengetahui bahawa sesuatu perbuatan itu begini dan begitu dalilnya . ~ ( Sila Rujuk : MU’JAM MUSTOLAHAT USUL al-FIQH oleh al-‘Allamah Dr. Qutb Mustafa Sano ha , Halaman : 25 , Terbitan : Darul Fikr ) .

# Orang yang berittiba’ ini digelar sebagai : “ MUTTABIE’ “

# Dikenali juga sebagai : “ Followship Of A Proof “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="#0000ff" size="4"]{ 3 } ~ TALFIQ { ÇáÊáÝíÞ } :


ÇáÅÊíÇä ÈÚÈÇÏÉ ßíÝíÉ ãÄáøÝÉ ãä ãÌãæÚ ÇÌÊåÇÏ ÇáãÌÊåÏíä ÝíåÇ , æ áßä áÇ íÞÑ Êáß ÇáßíÝíÉ Úáì ãÇ åí ÚáíåÇ , ÅãÇã ãä ÇáÃÆãÉ ÇáÝÞåÇÁ ÇáãÌÊåÏíä ÇáãÚÊÈÑíä

Ertinya : “ Mengerjakan sesuatu ibadah yang tatacaranya tersusun daripada satu kumpulan pandangan beberapa orang mujtahidin mengenainya , akan tetapi , cara itu tidak pula diakui keadaannya oleh salah-seorang imam daripada para cendekiawan Fiqh yang bertaraf mujtahidin lagi yang dipercayai kemampuannya “ .

# Maksudnya : Seseorang itu beramal dengan lebih daripada 1 mazhab di dalam masa yang sama . Contohnya dia seorang yang bermazhab Imam Syafi’e rh di dalam mengerjakan wudhuk , akan tetapi apabila dia tersentuh wanita , dia menganggap wudhuknya tidak batal kerana ia tidak dihukum batal oleh imam – imam selain Imam Syafi’e rh .

# Talfiq juga dikenali sebagai : “ Mixing Different Legal Opinions At One Time “ .

( Sila Rujuk : MU’JAM MUSTOLAHAT USUL al-FIQH , Oleh : al-‘Allamah Dr. Qutb Mustafa Sano ha , Halaman : 146 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut ) .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="#0000ff" size="4"]{ 4 } ~ IJTIHAD { ÇáÅÌÊåÇÏ } :


ÇáÅÌÊåÇÏ åæ ÅÓÊÝÑÇÛ ÇáÌåÏ Ýí ÏÑß ÇáÃÍßÇã ÇáÔÑÚíÉ

Ertinya : “ Mencurahkan seluruh daya-upaya untuk mengetahui sedalam-dalamnya hukum-hakam syarak “ ~ ( Sila Rujuk : SYARH al-ISNAWI ‘ALAL MINHAJ , 2 / 232 dan USUL al-FIQH al-ISLAMI , Jilid 2 , Halaman : 1066 ) .


ÇáÅÌÊåÇÏ åæ ÚãáíÉ ÇÓÊäÈÇØ ÇáÃÍßÇã ÇáÔÑÚíÉ ãä ÃÏáÊåÇ ÇáÑíÚÉ

Ertinya : “ Ijtihad itu adalah satu usaha memeriksa dan mengeluarkan hukum-hakam syarak daripada dalil-dalilnya yang terperinci di dalam syariat ( agama ) Islam “ ~ ( Sila Rujuk : HADHARAH al-ISLAM : Edisi Zulhijjah 1384 h / 12 , Oleh : Almarhum Syeikh Mustafa az-Zarqa’ rh & USUL al-FIQH al-ISLAMI , Jilid 2 , Halaman : 1067 ) .

# Seseorang yang berijtihad ini dinamakan sebagai “ MUJTAHID “ . Dan mujtahid ini sendiri ada beberapa peringkat dan darjat , yang tertinggi sekali ialah mereka yang berijtihad tanpa perlu “ meminjam “ cara-cara imam lain , contohnya para imam yang telah sampai ke peringkat ini ialah Imam Yang Empat rh . Dan di antara mujtahid yang rendah ialah Hakim / Qadhi yang hendak memutuskan sesuatu hukuman .

# Contoh cara berijtihad ialah : Seseorang imam itu mengkaji apakah dalil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan secara terperinci daripada segala sudut ilmu-ilmu alat yang diperlukan untuk kajian itu .

# Ijtihad juga dikenali sebagai : “ Independent Judgement “ ataupun “ Intellectual Effort “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

[="#0000ff" size="4"] ( 5 ) ~ MAZHAB { ÇáãÐåÈ } :


ÇáãÐåÈ åæ ÂÑÇÁ ÅãÇã ãä ÃÆãÉ ÇáÅÌÊåÇÏ ÇáãÚÊÏ , Ýí ãÎÊáÝ ÇáÝÑæÚ æ ÇáãÓÇÆá ÇáÅÌÊåÇÏíÉ

Ertinya : “ Mazhab ialah beberapa pandangan daripada seorang imam dari kalangan mereka yang bertaraf imam-imam mujtahidin yang dipegang pandangan mereka , iaitu di dalam berbagai masalah ranting dan masalah ijtihad “ ~ ( Sila Rujuk : MU’JAM MUSTOLAHAT USUL al-FIQH , Oleh : al-‘Allamah Dr. Qutb Mustafa Sano ha , Halaman : 399 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut ) .

# Maksudnya : Mazhab ini adalah sinonim bagi perkataan “ Aliran “ , “ Pendirian “ , “ Pegangan “ , “ Pandangan “ dan “ Sikap “ .

# Oleh kerana mazhab itu adalah pandangan seseorang imam , maka ia tidaklah boleh dianggap menyamai AGAMA ISLAM yang diturunkan oleh Allah Ta’ala . Agama Islam adalah satu-satunya agama yang benar yang tidak boleh diganti dengan selainnya , walhal mazhab pula hanyalah pandangan seseorang imam , yang kalau bertepatan dengan al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah , maka wajiblah ia diikuti . Dan kalau ia menyalahi kedua-duanya , maka wajiblah ia ditinggalkan .

Mereka yang mengharamkan seseorang itu menukar ( beralih ) daripada satu mazhab ke satu mazhab lain mestilah ingat bahawa jangan sampai dia menyamakan di antara agama dengan mazhab . :non

# Mazhab dikenali juga sebagai : “ School “ , “ Doctrine “ dan “ Rite “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Setelah mengetahui kelima-lima istilah penting di atas , marilah kita melihat kembali soalan-soalan yang dikemukakan oleh Saudara Abdulrahman :

Quote:
1) Apakah kriteria yg ditetapkan oleh para fuqaha' bg seseorang utk beramal dgn sesuatu amalan/ibadat (khusus atau am)? Adakah dia perlu setakat mengetahui memang wujud nas berkenaan dgn amalan itu atau perlu mengetahui secara detail, siapakah yg meriwayatkan hadith tersebut dan apakah matan hadith tersebut?

JAWAPANNYA :

Untuk lebih mengetahui jawapan mengenai soalan di atas , marilah kita melihat kembali kepada Usul ke - 7 dan Usul ke - 8 daripada Usul 20 ( Usul al-'Isyrin ) yang pernah disusun oleh al-Imam asy-Syahid Hassan al-Banna rh demi mencelikkan umat .

Kata beliau rh :

USUL KE-7 :


æáßá ãÓáã áã íÈáÛ ÏÑÌÉ ÇáäÙÑ Ýí ÃÏáÉ ÇáÃÍßÇã ÇáÝÑÚíÉ Ãä íÊÈÚ ÅãÇãÇ ãä ÃÆãÉ ÇáÏíä æíÍÓä Èå ãÚ åÐÇ ÇáÅÊÈÇÚ Ãä íÌÊåÏ ãÇ ÇÓÊØÇÚ Ýí ÊÚÑÝ ÃÏáÊå æÇä íÊÞÈá ßá ÅÑÔÇÏ ãÕÍæÈ ÈÇáÏáíá ãÊì ÕÍ ÚäÏå ÕáÇÍ ãä ÃÑÔÏå æßÝÇíÊå , æÃä íÓÊßãá äÞÕå ÇáÚáãí Åä ßÇä ãä Ãåá ÇáÚáã ÍÊì íÈáÛ ÏÑÌÉ ÇáäÙÑ .

Ertinya : " Setiap muslim yang tidak sampai ke peringkat meneliti (nadzar) dalil-dalil hukum cabang (furu’) boleh mengikuti mana-mana Imam. Elok sekiranya seseorang itu cuba berijtihad sekadar yang beliau mampu bagi mengetahui dalil-dalilnya. Beliau juga hendaklah menerima setiap petunjuk yang disertai dengan dalil apabila beliau yakin dengan kebaikan dan kepada orang yang memberi petunjuk kepadanya. Jika sekiranya beliau terdiri dari kalangan orang yang berilmu, beliau hendaklah mencukupkan kekurangannya dari segi ilmu sehingga sampai ke peringkat meneliti dalil-dalil hukum " .

USUL KE - 8 :

æÇáÎáÇÝ ÇáÝÞåí Ýí ÇáÝÑæÚ áÇ íßæä ÓÈÈÇ ááÊÝÑÞ Ýí ÇáÏíä , æáÇ íÄÏí Åáì ÎÕæãÉ æáÇ ÈÛÖÇÁ æáßá ãÌÊåÏ ÃÌÑå , æáÇ ãÇäÚ ãä ÇáÊÍÞíÞ ÇáÚáãí ÇáäÒíå Ýí ãÓÇÆá ÇáÎáÇÝ Ýí Ùá ÇáÍÈ Ýí Çááå æÇáÊÚÇæä Úáì ÇáæÕæá Åáì ÇáÍÞíÞÉ , ãä ÛíÑ Ãä íÌÑ Ðáß Åáì ÇáãÑÇÁ ÇáãÐãæã æÇáÊÚÕÈ .

Ertinya : " Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih-sayang kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub " .

Daripada kedua-dua usul di atas , fahamlah kita bahawa amalan ibadah seseorang itu adalah bergantung kepada sejauh mana kefahamannya mengenai selok-belok ilmu pengetahuan Islam . Bagi mereka yang masih kurang kemampuannya di dalam memahami selok-belok ilmu pentahuan Islam , maka tidaklah mengapa dia beramal secara TAQLID .

Walaupun begitu , dia tidaklah boleh berasa puas hati dengan keadaan itu , bahkan dia hendaklah berusaha terus memperbaiki diri dan amal-ibadahnya sampai ke tahap ITTIBA’ .

Taqlid bukanlah amalan yang mulia , bahkan tidak sedikit ayat-ayat al-Quranul Karim , Hadist-Hadist dan juga fatwa-fatwa Imam-Imam Mujtahidin yang mencela amalan itu .

Taqlid hanya dibenarkan bagi mereka yang LEMAH dan KURANG KEMAMPUANNYA di dalam ilmu pengetahuan agama . Namun , sampai bilakan dia mahu terus berada di bawah “ tempurung kelemahan dan kebekuan “ itu ? , Takkanlah sudah 20 tahun bersembahyang pun masih lagi tidak mengetahui apakah dalil-dalil setiap perbuatan sembahyang itu , lebih-lebih lagi mengenai Surah al-Fatihah ??? :adus

Kalau dia tidak boleh meningkatkan kemampuannya ke tahap ITTIBA’ di dalam semua perbahasan ilmu , apakah tidak boleh dia cuba ITTIBA’ di dalam 30 % daripada kesemua perbahasan ilmu itu ??? .

ITTIBA’ hanyalah setakat mengetahui apakah dalil-dalil yang digunakan bagi setiap perbuatan itu TANPA PERLU menghafalnya ataupun mengkaji mengenai dalil-dalil tersebut secara lebih mendalam lagi terperinci . Tidaklah susah sangat untuk mencapai tahap ITTIBA’ ini .

Bagi mereka yang sudah berada di peringkat ITTIBA’ pula , dia juga tidaklah boleh berpuas hati dengan sekadar Ittiba’ nya itu , bahkan dia hendaklah sentiasa meningkatkan kemampuannya sampai ke tahap NAZOR ( mempunyai keahlian untuk mengkaji dengan lebih lanjut akan dalil-dalil syarak ) dan juga sampai ke tahap TAHQIQ ( Kajian dan Pemeriksaan yang lebih teliti daripada Ittiba’ ) .

Selepas itu , perlu pula ditingkatkan kemampuan sehingga masuk ke dalam ALAM IJTIHAD yang sangat besar dan berat amanahnya itu .

Memang sukar untuk mencapai tahap Ijtihad sebagai mana imam-imam mujtahidin rh dahulu , tapi takkanlah tidak boleh berusaha untuk mencapai tahap ijtihad walaupun 10 % sahaja ? .

Yang penting , sebagai mana iman kita perlulah ditingkat daripada semasa ke sama , maka begitulah juga dengan kemampuan ilmu pengetahuan kita mengenai agama Islam . Ini disebabkan iman itu sendiri berkait-rapat dengan ilmu . Tanpa ilmu yang mendalam , mustahil iman hakiki berjaya dicapai ! :non

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Quote:
2) Dlm bab batal wudhu' dan qunut contohnya. Berdasarkann ilmu yg diperoleh dr Al-Ahkam contohnya, setiap kali kita membaca soal/jawab berkenaan isu tersbut, kita akan ingat/recall yg ianya adalah ijtihad dari beberapa ulama' mujtahidin yg semuanya adalah benar, tsabit dari amalan Rasulullah SAW. Kemudian kita pun memilih pendapat yg paling rajih berkenaan dgn isu tersebut dan terus beramal dgn nya. Akan tetapi selepas beberapa ketika, kita lupa semula siapa yg mempunyai pendapat ini dan siapa yg memegang pendapat itu. Akan tetapi kita yakin bahawa semuanya dalah shahih dan dtg dr Rasulullah SAW. Adakah ini suatu kesalahan?

JAWAPANNYA :

Kami telahpun menjelaskannya di atas ( Lihat semula mengenai : ITTIBA’ ) . Seseorang muttabi’ itu TIDAKLAH PERLU sentiasa ingat dalil-dalil ataupun mengetahui secara terperinci setiap perbahasan ulama’ bagi setiap perbahasan ilmiah . Cukuplah setakat dia tahu bahawa dia pernah diberitahu dalil mengenai sesuatu amalan ibadah tertentu .

Namun , kalau dia cuba meningkatkan pula keupayaannya itu dengan menghafal dalil-dalil tertentu bagi masalah-masalah ibadah tersebut dan cuba pula mengekalkan ingatannya terhadap setiap perbahasan ulama’ rh , maka itu adalah LEBIH BAIK DAN LEBIH TERPUJI kerana dia telah cuba pula melangkah ke mukaddimah ( pendahuluan ) ALAM IJTIHAD iaitu dengan memasuki Alam / Peringkat NAZOR dan TAHQIQ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Quote:
3) Ini pula berkenaan dgn bab aqidah. Mungkin seseorang itu tidak hafal sifat wajib bg Allah/Rasul dll, akan tetapi dia percaya dgn yakin bahawa Allah itu mmg wujud dan tidak mati, walaupun dia tak hafal sifat 20. Sama juga dia tak hafal sifat wajib bg Rasul, tapi dia yakin dgn benar bahawa Rasul itu mmg benar (siddiq). Adakah aqidah yg spt ini memadai sbg seorang Muslim?

JAWAPANNYA :

Tujuan utama mempelajari Ilmu Tauhid / Aqidah ialah untuk mengetahui bagaimanakah hendak kita mentauhidkan Allah Ta’ala dan mengetahui juga setiap perkara yang berkait-rapat dengan Rukun Iman .

Kalau seseorang itu boleh kenal Allah Ta’ala dan Para Nabi a.s TANPA PERLU melalui pelajaran Sifat 20 , maka tidaklah mengapa dia tidak belajar melalui cara itu .

Untuk mengenal Allah Ta’ala dan Para Nabi a.s TIDAKLAH SEMESTINYA secara mempelajari Sifat 20 ataupun dengan menghafal teori-teori Mantiq dan Falsafah .

Para Sahabat r.a , Para Imam Mujtahidin r.a dan Para Salafus Solihin rh itu sendiri tidak belajar TAUHID melalui pelajaran Sifat 20 ini .

Bahkan , Hujjatul Islam , al-Imam al-Ghazali rh yang mengemukakan teori Sifat 20 ini sendiri ( selepas menggabungkan 13 sifat menurut pandangan al-Imam Abul Hassan al-‘Asya’ari rh dengan 7 sifat yang dikemukakan pula oleh al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh ) TIDAKLAH ILTIZAM ( berpegang terus ) dengan teori Sifat 20 itu di dalam mengemukakan pengajian Tauhid .

Lihatlah ke dalam kitabnya yang begitu tersohor : IHYA’ ULUMIDDIN , di bawah tajuk : AQIDAH AHLIS SUNNAH WAL JAMA’AH . Beliau sendiri tidaklah membahaskan permasalahan Tauhid di situ secara teori Sifat 20 .

Begitu juga , sampai ke hari ini , masih ada di kalangan masyarakat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah , khasnya di Negara-Negara Teluk yang belajar Tauhid tidak melalui Sifat 20 ini , melainkan melalui cara yang dikenali sebagai “ TAUHID SALAF “ .

Walau bagaimanapun , kami di al-Ahkam Online TIDAKLAH SAMA SEKALI MENENTANG pembelajaran Sifat 20 ini . Teruskanlah pelajaran Tauhid melalui cara itu disamping tidak pula mengabaikan cara-cara pendekatan ilmiah lain di dalam mempersembahkan Ilmu Tauhid kepada masyarakat awam .

Sila Dengar Juga Penjelasan Mengenai Hal ini di dalam :

1 ~ KASET : ASAL – USUL SIFAT 20 { 1 – 2 }
Penyampai : al-fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .
Terbitan : Pustaka an-Nadwah , K. Terengganu , Terengganu Darul Iman .

2 ~ KASET : AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH MENURUT IMAM al-GHAZALI RH { 1- 5 }
Penyampai : al-fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .
Terbitan : Pustaka Jafar Rawas , Kota Bharu , Kelantan Darul Naim .

Cukuplah dahulu setakat ini penjelasan kami mengenai hal-hal tersebut . Bagi mereka yang mahu lebih melanjutkan pengetahuan mengenai hal ini , silalah ikuti cadangan kami di atas iaitu dengan menggunakan [="purple"] SEARCH ENGINE [/] ( dengan memasukkan kata-kuncinya dengan salah-satu daripada 5 istilah di atas ) .

Yang lebih baik lagi , sila rujuk kepada sumber-sumber rujukan yang telah dinyatakan di atas .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
20 / Jumadi Awwal / 1424 H
20 / Julai / 2003 M

AHAD ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum