SJ – 2809 : SYEIKH al-GHAZALI VS IMAM IBNU TAIMIYAH ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2809 : SYEIKH al-GHAZALI VS IMAM IBNU TAIMIYAH ?

:salam

Saya ada membaca buku yang bertajuk "Dialog dengan Alquran (saya pernah mengesyorkannya dalam laman ini) terjemahan dari karangan Imam Muhammad AlGhazali. Dalam buku tersebut pengarang begitu mengagumi pandangan-pandangan Imam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Hazm, terutamanya dalam dalam bab jihad, muamalat dan kenegaraan/politik.
Tetapi pengarang hairan akan pandangan Ibnu Taimiyah dalam hal Tauhid - pendapat yang Allah itu berjisim (Tajsid)sehinggakan disebabkan aliran inilah beliau(Ibnu Taimiyah) telan dijauhi ulama yang lain termasuk AlAzhar. Betulke?. Saya harap ustaz dapat memberi penerangan dan ulasan dalam hal yang membingungkan saya. Terima kasih

:wassalam

Re: SJ – 2809 : SYEIKH al-GHAZALI VS IMAM IBNU TAIMIYAH ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2809 : SYEIKH al-GHAZALI VS IMAM IBNU TAIMIYAH ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara mantoyar yang mengemukakan soalan di atas . Dan saya memohon maaf bagi pihak para panelis dan para pengendali web al-Ahkam Online ini kerana lewat melayan soalan saudara tersebut .

Nampaknya kedua-dua tokoh yang ditonjolkan di dalam soalan ini adalah tokoh yang mempunyai nama gemilang di kalangan umat Islam . Seorang tokoh yang pernah digelar sebagai “ Syeikhul Islam “ Imam Ibnu Taimiyah rh dan seorang lagi pula , Syeikh Muhammad al-Ghazali rh , seorang ‘alim besar daripada Negara Mesir dan pernah pula menjadi guru kepada Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr . Yusuf al-Qaradhawi rh .

Dan sayang seribu kali sayang , saya masih lagi belum memiliki buku yang dinyatakan oleh saudara . Dan kalau benarlah Syeikh al-Ghazali rh MEMANG PERNAH MENDAKWA Imam Ibnu Taimiyah rh sebagai seorang “ MUJASSIM “ ( yang menjisimkan zat Allah Ta’ala dan menyerupakan Allah Ta’ala dengan makhluk ) maka kenyataan ini adalah kenyataan YANG AMAT SUKAR UNTUK DITERIMA .

Ini disebabkan beberapa faktor berikut :

{ 1 } ~ Syeikh al-Ghazali rh sendiri adalah seorang tokoh umat Islam yang selalu dikaitkan dengan Gerakan Ikhwan Muslimun di Mesir , dan amatlah HAIRAN BIN AJAIB jika seseorang tokoh Ikhwan ataupun tokoh yang mempunyai hubungan rapat dengan organisasi terbesar itu boleh membuat dakwaan seperti itu kepada Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah rh .

{ 2 } ~ Di dalam sebuah kitab yang ditulis oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rh sendiri , yang bertajuk : “ al-‘AQAID “ , beliau rh telah memberikan perbezaan faham di kalangan para ulama’ aliran salaf dan khalaf di dalam memahami ayat-ayat sifat di dalam al-Quranul Karim mahupun hadis . Namun begitu , al-Imam asy-Syahid sendiri TIDAK PERNAH PULA ~ setahu saya yang masih kurang ilmu ini ~ mendakwa ataupun menuduh Imam Ibnu Taimiyah rh sebagai seorang “ MUJASSIM “ .

Dan cubalah lihat pula kepada Asas Ketujuh daripada Usul 20 yang digariskan oleh al-Imam asy-Syahid tersebut . Adakah beliau rh juga pernah mengajar kita untuk menuduh Imam Ibnu Taimiyah rh sebagai seorang mujassim !? .

{ 3 } ~ Tidak sedikit daripada kalangan para pengkaji dan pencita ilmu pengetahuan Islam yang telah mengkaji dan cuba memerhatikan setiap tulisan Imam Ibnu Taimiyah rh , sama ada melalui beratus-ratus kitab & manuskrip beliau rh ataupun menerusi fatwa-fatwa beliau rh . Namun tidak pula ditemui satu kenyataan yang sahih lagi menyakinkan kita untuk menuduh beliau rh sebagai seorang “ MUJASSIM “ ataupun daripada kelompon “ MUSYABBIHAH “ .

Dan bagaimana hendak dituduh beliau dengan tuduhan itu sedangkan beliau sentiasa memberi peringatan dan kenyataan daripada al-Quranul Karim dan hadis yang menjelaskan bahawa “ ALLAH TA’ALA SAMA SEKALI TIDAK SERUPA DENGAN SEBARANG MAKHLUK-NYA “ !!?? .

{ 4 } ~ Sumber utama yang dipegang oleh para penentang Imam Ibnu Taimiyah rh ialah kisah pengembaraan Ibnu Batutah , dan malangnya kisah pengembaraan itu rupa-rupanya “ masih belum cukup ampuh “ untuk menjatuhkan kemuliaan dan kehebatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala kepada seorang yang bergelar “ Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah rh “ .

{ 5 } ~ Saya masih belum menerima sebarang perangkaan yang sahih daripada pihak Universiti al-Azhar asy-Syarif sendiri yang menyatakan bahawa majoriti pensyarah dan ulama’nya MENENTANG DAN TIDAK MENERIMA Imam Ibnu Taimiyah rh , khasnya di dalam penghuraiannya terhadap masalah Tauhid .

Memang benar ada beberapa guru saya sendiri di al-Azhar ini yang menentang Imam Ibnu Taimiyah rh . Akan tetapi tidak sedikit juga guru – guru saya di al-Azhar ini yang memuji dan menolak sebarang tuduhan palsu ke atas batang tubuh Imam Ibnu Taimiyah rh itu .

Kalau benar ada satu kenyataan rasmi daripada pihak Badan Pendidik ataupun Lajnah Latwa ataupun Angkatan Ulama’ kepunyaan Al-Azhar asy-Syarif yang mendakwa seperti itu , maka SILALAH KEMUKAKAN BUKTI MENGENAINYA .

{ 6 } ~ Dan kalau kita masih lagi mahu menerima bahawa MEMANG BENAR Syeikh al-Ghazali rh pernah menuduh Imam Ibnu Taimiyah rh sebagai seorang “ MUJASSIM “ , maka “ Ahlan Wa Sahlan “ dan silakanlah .

Bagi kami , saudara-saudara berhak untuk memilih mana-mana aliran Aqidah yang disukai dan dicenderungi SELAGI IANYA TIDAK BERTENTANGAN dengan ajaran al-Quranul Karim , As-Sunnah dan juga Ahlus Sunnah Wal Jama’ah .

Kalau mahu berpegang kepada cara huraian Tauhid seperti aliran Imam Ahmad Bin Hanbal rh , maka silakanlah .

Jika mahu cenderung kepada cara dan metode huraian Tauhid yang dibawa oleh al-Imam Abul Hasan al-‘Asya’ari rh dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi rh pun , maka silakanlah .

Kalau mahu pula mengambil cara yang ditempuh oleh Imam al-Ghazali rh , pun tiada halangannya .

Sekiranya kita lebih yakin dengan cara huraian dan pendalilan yang dikemukakan oleh al-Imam Ibnu Taimiyah rh dan al-Imam Ibnu Qaiyim al-Jauziyah rh pun , apa salahnya ? .

Semuanya itu bagi kami , ada dasarnya dan punca pengambilannya daripada al-Quranul Karim dan as-Sunnah dan semuanya itu HANYALAH BERBEZA dari sudut istilah dan penamaan sahaja . Mereka tidaklah berbeza dari sudut usul-usul mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah .

{ 7 } ~ Membangkitkan tuduhan bahawa Imam Ibnu Taimiyah rh juga adalah satu usaha membangkitkan semula perselisihan di kalangan ( paling kurang ) dua kelompok umat Islam terbesar di dunia , khasnya di Malaysia , iaitu Aliran ‘Asya’irah-Maturidiyah ( Kaum Tua ) dengan Aliran Salafiyah ( Kaum Muda ) .

Dan kesemuanya itu adalah kisah silam YANG TIDAK FAEDAH UNTUK DIBANGKIT-BANGKITKAN !!! . Kalau mahu menyerang dengan menulis setebal 1000 muka surat , maka sudah tentu pula si pembela tokoh itu akan menjawabnya pula dengan menulis setebal 2000 muka surat pula . Jadi , sampai bilakan akan selesai kontroversi seperti ini ? :spamafote .

Daripada membuang masa mengkaji semula dan membangkitkan semula persoalan-persoalan kontroversi dan “ panas “ di kalangan umat Islam , bukanlah lebih baik dan lebih patut kita membasmi dan menyerang
” habis – habisan “ ajaran Atheis , Komunisme , Sekularisme dan kuncu-kuncu mereka YANG SUDAH JELAS BERTENTANGAN DAN JAUH MENYIMPANG daripada ajaran Islam !? .

{ 8 } ~ Dan kalau kita mahu menuduh bahawa Imam Ibnu Taimiyah rh TERSILAP di dalam memahami ayat-ayat sifat sehingga menjadi seorang mujassim , maka adakah Syeikh al-Ghazali rh SUDAH TENTU BETUL ataupun MAKSUM di dalam mengeluarkan pandangannya itu ? .

Bukankah kedua-duanya itu walaupun hebat dan mulia tetap manusia biasa yang boleh TERsilap dan TERkeliru di dalam mengkaji dan memberikan pandangan ? .

Dan kalau benarlah itulah dia tuduhan Syeikh al-Ghazali rh , maka itu adalah sekadar pandangan beliau rh . Boleh jadi betul dan boleh jadi juga TERsilap .

Tidaklah pernah kita diwajibkah oleh Islam untuk menerima “ bulat-bulat “ ataupun taksub dengan kesemua pandangan Syeikh al-Ghazali rh , sebagai mana kita juga tidak pernah diajar oleh Islam untuk “ bertaqlid buta “ dan taksub kepada Imam Ibnu Taimiyah rh . :non

Semoga Allah Ta’ala terus merahmati dan mengampuni kedua-dua tokoh besar itu dan diri – diri kita semua . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ al-‘AQAID
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rh
Daru asy-Syihab , Mesir

2 ~ FAHMUL ISLAM FI ZILAL al-USUL al-‘ISYRIN
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Jum’ah Amin Abdul Aziz ha
Terbitan : Dar ad-Da’wah , al-Iskandariah , Mesir

3 ~ USUL DUA PULUH
Huraian Oleh : al-Fadhil Prof. Madya . Alias Osman ha
Terbitan : Pustaka Salam , Kuala Lumpur

4 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }

5 ~ SJ – 2687 : BUKU “ IKTIQAD ASWJ “ OLEH K.H SIRAJUDDIN ABBAS
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15427

6 ~ VCD WAWANCARA EKSLUSIF BERSAMA SYEIKH ‘ATIYAH SAQR
{ Wawancara Mengenai Isu-Isu Kontroversi Bersama Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar }
Terbitan : Keluarga Penuntut Terengganu , Mesir ( KPT )


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
13 / Jumadi Tsani / 1424 H
12 / Julai / 2003 M

SELASA ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum