SJ – 3126 : HUKUM MELAKUKAN UPACARA “ TEPUNG TAWAR “

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 3126 : HUKUM MELAKUKAN UPACARA “ TEPUNG TAWAR “

:salam

Seperti yang saya tahu ramai orang mengamalkan upacara menepung tawar seperti dalam majlis perkahwinan, membeli rumah baru atau kenderaan baru. bolehkah Ustaz-Ustaz di al-ahkam jelaskan apakah hukum menepung tawar tersebut. terima kasih :salam

Re: SJ – 3126 : HUKUM MELAKUKAN UPACARA “ TEPUNG TAWAR “


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 3126 : HUKUM MELAKUKAN UPACARA “ TEPUNG TAWAR “

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara faiz 277 di atas soalan yang dikemukakan itu .

Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya , dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita .

Seseorang bomoh akan melakukan “ pelepas “ setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . “ Pelepas “ itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari ( turuti ) .

Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan “ dipelepaskan “ pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala , sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan “ tepung tawar “ .

Menurut Pak Nik Man ( seorang Bomoh Di Raja yang menetap di Pengkalan Chepa , Kelantan DN ) , upacara “ tepung tawar “ juga dilakukan kepada seseorang yang ingin naik ( masuk ) ke rumah barunya . Begitu juga dengan beberapa upacara perasmian / pembukaan . Dan menurutnya lagi , amalan ini sebenarnya melanggar aturan bomoh dari zaman dulu .

Orang – orang Melayu menggunakan “ tepung tawar “ yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai “ semangat “ yang dibergelar “ Seri Mani “ dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan , kesihatan dan kekuatan .

Pak Nik Man juga menjelaskan bahawa adat / upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan “ Abu Suci “ ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan ( dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini “ diterima-pakai “ oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan “ tepung tawar “ .

Adat “ menepung tawar “ ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na’uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh “ menolak bala “ dan “ menarik manfaat “ , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah al-An’am , ayat 17 :


æóÅöä íóãúÓóÓúßó Çááøåõ ÈöÖõÑøò ÝóáÇó ßóÇÔöÝó áóåõ ÅöáÇøó åõæó æóÅöä íóãúÓóÓúßó ÈöÎóíúÑò Ýóåõæó Úóáóì ßõáøö ÔóíúÁò ÞóÏõíÑñ

Ertinya : “ Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu ) .

Mereka yang melakukan upacara “ tepung tawar “ ini sendiri TIDAK TERJAMIN SELAMAT daripada sebarang bencana ataupun ujian hidup di dunia ini . Maka bagaimanakah pula mereka boleh percaya dengan amalan yang mereka lakukan itu ? .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Masalah : Kalau ianya bertentangan dengan Ajaran Islam , mengapa masih ada mereka yang digelar “ pak – pak lebai “ melakukannya ataupun membenarkan anak – anak mereka “ ditepung tawar “ di dalam majlis perkahwinan ( sebagai contoh ) ? .

Jawapannya : Islam mempunyai dasar perundangannya yang tertinggi , iaitu al-Quranul Karim dan Hadis – Hadis yang sahih . Perbuatan seseorang muslim itu walaupun betapa hebatnya dia di mata masyarakat , BUKANLAH MENJADI HUJAH / DALIL di dalam menentukan hukum – hakam di dalam Islam .

Di dalam masyarakat muslimin sendiri ada orang – orang yang bersongkok yang “ tikam nombor ekor “ ataupun membabitkan diri di dalam ajaran sesat ( songsang ) . Begitu juga , ada pula yang berkopiah akan tetapi menjadi pendokong bid’ah – khurafat – takhyul . Ada juga muslimin yang berjubah akan tetapi menganut ideologi – ideologi yang boleh meruntuhkan iman dan menggugurkan keislamannya seperti menganut fahaman Sekularisme .

Dan apakah kepercayaan ataupun tindakan yang mereka lakukan itu semua boleh dianggap sebagai DALIL ataupun HUJAH di dalam agama kita yang suci – murni ini !!?? . :non

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Masalah : Bagaimanakah pula jika upacara “ tepung tawar “ ini hanya dilakukan sebagai ADAT , tanpa sebarang iktikad ( kepercayaan ) yang bertentangan dengan Islam ? .

Jawapannya : Jika ia dilakukan TANPA sebarang kepercayaan di atas , maka ia dianggap pula sebagai BID’AH dan amalan itu DITOLAK oleh ajaran Islam itu sendiri .

Kalau ia dinamakan adat , maka kita pun mahu bertanya : “ Daripada manakah asal – usul adat itu , bukankah ia berasal daripada ajaran Hindu sebagai mana yang telah dinyatakan di atas ? “ .

Tidakkah adat yang HANYA patut dipertahankan ialah : “ Adat yang bersendi hukum dan hukum yang bersendi KitabulLah dan Sunnah Junjungan Mulia S.A.W !? “ . :yess

Beras , tepung dan kunyit serta garam yang digunakan itu semuanya bukanlah satu bahan yang diciptakan oleh Allah Ta’ala untuk dibuang-buang , ditabur-tabur , direnjis-renjis ataupun dicalit – calit , sebaliknya itu semua adalah bahan makanan untuk memenuhi keperluan fitrah seseorang insan itu sendiri .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Masalah : Bagaimanakah pula jika upacara “ tepung tawar “ itu dilakukan hanya sebagai ikhtiar untuk melepaskan diri daripada bala ataupun menolak sial ? .

Jawapannya : Ikhtiar yang dituntut di dalam Islam , adalah ikhtiar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri . Bukan semua yang bernama ikhtiar ( usaha ) itu dibenarkan .

Mencuri ,merompak , menyamun dan menipu-daya juga adalah ikhtiar untuk hidup dan menjadi kaya-raya . Akan tetapi adakah ikhtiar seperti ini terpuji dan dibenarkan di dalam agama kita ??? . :tidak

Jalan untuk berikhtiar di dalam lapangan yang dibenarkan Allah Ta’ala masih luas terbentang , maka mengapa pula dicari-cari jalan ikhtiar yang membawa kepada kemurkaan Ilahi !? .

“ Tepung Tawar “ itu sendiri TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KUASA jika ada mana – mana orang yang ingin berbuat apa sahaja terhadapnya . Jadi , bagaimana pula ia ada “ kuasa “ boleh menolak sial ataupun mendatangkan manfaat !? .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa memelihara kita semua daripada terjerumus ke dalam sebarang perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin :doa .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TAFSIR al-JALALAIN
Oleh : Al-‘Allamah Imam Jalaluddin al-Mahalli rh & Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
ECS Software , Egypt

2 ~ ADAT ORANG-ORANG MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Ismail Awang
Halaman : 17 – 19
Terbitan : Pustaka Aman Press , Kota Bharu , Kelantan Darul Naim ( 1996 )


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Ramadhan al-Mubarak / 1424 H
20 / November / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum