SJ-01-0165 : nak jawab soalan non muslim???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0165 : nak jawab soalan non muslim???

:salam
macamana nak jawap pertanyaan non muslim berkenaan :

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah?

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

terima kasih atas penjelasan yang bakal diberikan. :wassalam

Re: nak jawab soalan non muslim???

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Soalan 1 : Soalan mengenai mengapa orang Islam menyembah Ka’bah? Ada beberapa penjelasan yang boleh kita berikan :

a. Tidak ada satu teks atau ayat pun didalam al-Quran yang menyuruh umat Islam menyembah Kaabah.

b. Kaa’bah dibina pada zaman Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad :saw telah menjelaskan bahawa arah kiblat adalah Kaa’bah. Semua umat Islam satu dunia menggunakan satu ARAH kiblat semasa bersolat. ARAH yang dipilih adalah Kaabah. Kaabah menunjukkan kesatuan umat Islam. Firman Allah swt :-

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. “ [al-Baqarah : 144]

c. Malah semasa zaman Nabi Muhammad :saw, muazzin akan berdiri diatas Kaabah melaungkan azan. Didalam keadaan sekarang, pekerja-pekerja di Masjid al-Haram memanjat Kaabah untuk mencuci bumbungnya. Ini menunjukkan bahawa Kaabah bukan Tuhan umat Islam. Ia hanya pentanda arah Solat dan menjadi salah satu dari rukun Umrah dan Haji iaitu tawaf mengelilingi Kaabah.

Kesimpulannya, Kaa’bah hanyalah petanda arah (kiblat), agar semua umat Islam bersolat menuju kepada SATU arah. Ia bukannya symbol ketuhanan. Umat Islam bersolat dimana sahaja mereka berada dengan mengadapkan wajah mereka kearah kiblat.

Soalan 2 : Semua agama langit adalah sama.

Semua agama menyeru kearah kebaikkan, akan tetapi agama Islam sangat berbeza dengan agama-agama yang lain. Diantaranya :-

Agama Islam adalah agama fitrah. Islam mengharamkan riba’, tetapi menganjurkan jual-beli. Malah, Islam menjelaskan akan etika-etika ketika berlakunya muamalah jual-beli. Islam mengharamkan pergaulan bebas dan berzina, akan tetapi Islam menyeru agar wanitanya menutup aurat. Agama Islam menyediakan hukuman yang keras kepada penzina. Perbezaan ini sangat ketara, dimana agama lain hanya melarang, akan tetapi tidak wujudnya hukuman atau alternative kepada sessuatu perbuatan.

Agama Islam adalah cara hidup, akan tetapi agama Islam hanyalah kepercayaan dan ritual sahaja. Bagi mereka, agama hanyalah di Gereja. Agama Islam mencakupi segenap aspek penghidupan; baik dari segi ibadat, muamalat (ekonomi, social, politik), munakahat (perkahwinan), jinayah (undang2 Hudud dan Kisas) dan Jihad. Tidak ada satu agama pun selain dari Islam mendetailkan penjalanan hidup penganutnya, mulai dari janin sehinggalah ke hari akhirat….. Malah, sehingga aspek etika masuk tandas pun dibincangkan oleh Islam!

Jelas agama Islam membincangkan sekecil-kecil perkara (adab makan, minum, tidor, dsb) hinggalah kepada kenegaraan dan perhubungan antara bangsa. Tidak ada agama didunia ini yang begitu komprehensif berbanding dengan agama Islam.

Soalan 3 : Kenapa Nabi Isa diturunkan dan bukan Muhammad.

Nabi Isa as diturunkan ke dunia mengatasi Dajjal atas kehendak Allah swt. Ini merupakan satu keketapan dari Allah swt yang diketahui oleh semua penganut agama Islam. Kenapa tidak Nabi Muhammad :saw yang mengatasi Dajjaal? Jawapannya, sebab Nabi :saw telah wafat. Yang menjadi panduan kepada umatnya adalah al-Quran dan Hadith Nabi :saw. Perkara penting didalam peristiwa ini adalah :-

a. Ini membuktikan bahwa agama Islam kekal ke akhir zaman, walaupun Rasulnya telah meninggal. Al-Mahdi merupakan seorang penganut agama Islam yang soleh. Walaupun ketika itu Nabi Isa telah turun, namun beliau telah bersolat dibelakangnya. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi Isa as. Tidak membawa syariat baru. Sabda Nabi :saw :-

المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة
“al-Mahdi adalah salah seorang dari kita, Ahli keluarga kita. Allah akan memandunya didalam satu malam” [Musnad Ahmad]

Abu Sa’ed al-Khudri ra. berkata : Rasulullah :saw bersabda :

منا الذي يصلي عيسى ابن مريم خلفه
“Dia adalah sebahagian dari kami, dimana Isa ibn Mariam bersolat dibelakangnya” [Hadith Riwayat Abi Na’em].

b. Agama yang mempercayai bahawa Nabi Isa disalib adalah salah. Penurunan Nabi as. Menghadapi Dajjaal menunjukkan bahawa Nabi Isa as. Tidak mati. Firman Allah swt :-

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” [Surah al-Nisaa’ : 157]

بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Nisaa’ : 158]

c. Islam juga menjelaskan bahawa Nabi Isa as adalah sebahagian dari Nabi-Nabi Allah swt.

Kesimpulannya, tidak ada isu sebenarnya berkenaan dengan Nabi Isa as. di turunkan pada akhir zaman, dan bukan Nabi Muhammad :saw. Nabi Isa diturunkan sebagai bukti beliau tidak mati disalib, dan solat beliau dibelakang Imam Mahdi menunjukkan beliau melaksanakan syariat Nabi Muhammad :saw, dan Imam Mahdi membahawa risalah tersebut.

Soalan 4 -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

Islam merupakan agama keamanan. Agama Islam hanya akan berperang berdasar tiga perkara :

a. Mempertahankan diri
b. Bila negara lain menyerang negara Islam
b. Apabila ada negara yang menzalimi rakyat mereka yang beragama Islam

Matlamat peperangan didalam Islam adalah jelas, iaitu membebaskan manusia dari kegelapan, kezaliman dan kesyirikan. Firman Allah swt :-

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. ” [surah al-Baqarah : 193]

Jika kita lihat reality masakini, adakah wujud peperangan yang ada di mulakan oleh Islam? Cuba Tanya mereka, siapa yang memulakan Perang Dunia 1 & 2, Desert Storm, Serangan keatas Iraq, dan sebagainya…. Siapa yang memulakannya, kalau tidak orang-orang kufar! Siapa yang melabelkan orang Islam Terrorise?

Malah, jika orang-orang berperang, mereka mempunyai fiqh peperangannya sendiri. Sebagai contoh, peperangan hendaklah dilaksanakan dengan :

- cara yang berdisiplin
- elakkan dari mencederakan mereka yang tidak terlibat, atau menzalimi mereka yang cedera
- seboleh-bolehnya meminimakan penggunaan kekerasan
- lakukan tanpa perasaan marah
- berlaku baik terhadap tahanan perang

Jelas menunjukkan bahawa peperangan didalam Islam adalah untuk mempertahankan diri, negara dan Umat Islam. Malah, agama Islam merupakan satu-satunya agama yang meletakkan prinsip-prinsip berperang.

Soalan 5 - Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Kitab Injil yang asal telah pupus dan digantikan dengan kitab al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad :saw. Al-Quran itu sendiri satu pembuktian, inilah kitab terakhir yang diturunkan oleh kerana semenjak ia diturunkan, belum ada ayat-ayat al-Quran yang berubah.

Lihat sahaja versi-versi Injil yang ada, terlalu banyak versinya. Sebagai contoh, Bibel King James Version dan Revised Standard Version yang diterbitkan tahun 1971, terlalu banyak perbezaannya. Ini sahaja menunjukkan bahawa kitab injil atau bible itu sudah banyak perubahannya dan hakikat ini mereka perlu terima. Sedangkan al-Quran semenjak 1400 tahun dahulu masih kekal dan tidak berubah. Malah, Allah telah memcabar sesiapa sahaja yang merasakan dia benar, bawa satu ayat yang setara dengan al-Quran. Firmannya : -

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. “ [al-Baqarah : 23]

Wujudnya al-Quran sehingga kini sebagainya asalnya 1400 tahun dahulu, menunjukkan Kitab Injil sudah dimansuhkan dan secara otomatis Injil-injil yang ada hanyalah injil yang telah dimodifikasikan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين