SJ-03-0087 : air...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0087 : air...

:salam

1. adakah pengkelasan jenis2 air yg dipelajari spt air mutlak,musta'mal,musyammas dan mutannajis ada sandarannya pada Al-Quran atau hadis?
2. Atau adakah ia hanya pengkelasan oleh ulama' feqh bg memudahkan umat Islam?
3. Jika ia adalah hanya dibuat oleh para ulama' feqh, dari manakah mereka menyandarkan hal ini?

terima kasih.

SJ-03-0087 : air...

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Sebenarnya, pengkelasan air yg dibuat oleh ulama adalah dari sudut 'KESUCIAN'nya. Yang masyhurnya, ada dua cara pengkelasan iaitu;
i- 2 bahagian; suci menyucikan, dan najis.
ii- 3 bahagian; suci menyucikan, suci tidak menyucikan, dan najis (atau mutanajjis).

Dan di sana ada beberapa lagi pembahagian lain, spt sesetengah ulama syafieiyyah menambah bahagian keempat; suci menyucikan tetapi makruh menggunakannya.

Jadi, air mutlaq, musta'mal dan musyammas itu dimasukkan di bawah mana2 bahagian air yg diklasifikasikan tadi. Contoh:
-air mutlaq termasuk air suci dan menyucikan.
-Air musta'mal dalam mazhab syafie termasuk dalam air yg suci tetapi tidak menyucikan.
-Air musyammas (di sisi sesetengah ulama) suci, menyucikan tetapi makruh menggunakannya.

Pembahagian yg dibuat ulama adalah berdasarkan 'istiqra' (kajian keseluruhan) terhadap nas-nas syarak daripada Quran dan sunnah berkaitan dengan air. Memang Nabi tak sebut 'Air terbahagi kepada 3 bahagian', atau 'empat bahagian'.

Sebagaimana Nabi SAW tak sebut "Hukum-hakam terbahagi kepada lima; haram, makruh, harus, wajib dan sunat". Tetapi pembahagian ini diambil berdasarkan kajian keseluhan trhadap nas-nas syarak.

2. Pembahagiannya telah ada dalam syarak, cuma ulama yang mengeluarkannya dan membuat tajuk dalam kitab2 feqah: "Bahagian-bahagian air". Untuk memudahkan memahami hukum hakam.

3. Telah dijelaskan tadi, iaitu dari istiqra (kajian keseluruhan) nas-nas berkaitan hukum hakam air.

Wallahu A'lam.