SJ-04-0089 : Masalah air mazi..wajibkah mandi..?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0089 : Masalah air mazi..wajibkah mandi..?

Salamualaykum..
Merujuk link di bawah:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27830

Berdasarkan kpd Sharah Muslim daripada Imam Nawawi tersebut membayangkan(khayal) hubungan jima' atau terlintas keinginan hubungan jima' yang menyebabkan keluar air mazi adalah tidak wajib mandi.
Bagaimana pula hal nya dengan melihat perempuan secara sengaja atau gambar sahaja atau melihat adegan bercium n bermain-main yg byk disiarkan tv skg ini..dan menyebabkan keluar air mazi. Adakah perlu mandi wajib..?

Tolong sgt..krn sy mudah keluar air mazi..diharap saudara/ri yg arif bab ini dapat menjawab n memberikan dalil al-quran atau hadis yg sahih..insyaAllah..

SJ-04-0089 : Masalah air mazi..wajibkah mandi..?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Keluar mazi tidak mewajibkan mandi, dan hanya membatalkan wudhuk. Samada keluar mazi disebabkan khayalan, pembacaan, pendengaran atau pandangan kepada benda-benda yang membangkitkan syahwat.

Dalilnya, hadis Ali r.a.:

ßäÊ ÑÌáÇ ãÐÇÁ ÝÃãÑÊ ÑÌáÇ Ãä íÓÃá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã áãßÇä ÇÈäÊå ÝÓÃá ÝÞÇá ÊæÖà æÇÛÓá ÐßÑß

Maksudnya: Aku seorang yang banyak keluar mazi, lalu aku menyuruh seorang lelaki bertanya Nabi SAW, disebabkan kedudukan puterinya (Fatimah). Lalu dia bertanya dan baginda bersabda: Berwudhuklah dan basuhlah zakar kamu".
Direkod oleh Bukhari (no: 266) dan Muslim (no: 303)

Kata Ibn Hajar: Hadis ini dalil bahawa tidak wajib mandi dengan sebab keluar air mazi... Dan ia adalah IJMAK. (Fathul Bari 1/380).

Wallahu A'lam.