SJ-04-0106 : Tahi mata menghalang wudhu' ke

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0106 : Tahi mata menghalang wudhu' ke

:salam

Lepas saya solat saya menggosok mata sebab gatal tiba-tiba keluar tahi mata. Adakah wudhu' saya tadi sah(yakni, menghalang air wudhu' ke).

Perlu ke ulang wudhu' dan solat?

Tambahan, bagaimana pula dengan mandhi hadas?

:wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-04-0106 : Tahi mata menghalang wudhu' ke

JAWAPAN
ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ :
Sebagaimana yang dimakumi, area wajah ialah bermula dari tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dua tulang dagu (tempat tumbuh janggut). Manakala tepi pula ia merangkumi cuping kecil telinga dari kanan ke kiri, dan basuh wajah ialah rukun yang sabit dengan nas dan ijmak.
Justeru, wajib menghilangkan sebarang bahan yang menghalang air sampai ke kulit. Antaranya juga ialah tahi mata yang terkumpul di celah-celah mata. Kadang kala ia kering dan kadang kala ia agak cair.
Wajib ke atas kita memastikan ia dihilangkan ketika mandi atau berwuduk. Bahkan biasanya, jika tahi mata kering terkena air, ia akan mudah dihilangkan kerana menjadi cair.
Berdasarkan kepada ini, jika nyata kepada seseorang selepas solat bahawa masih kekal sebahagian daripada tahi mata dan ia boleh menghalang air sampai ke wajah, maka wajib diulangi semula wuduk dan solat.
Cuma dinasihatkan jangan terlampau melampaui batas dalam hal ini sehingga sampai tahap membelek-belek wajah di depan cermin dan memudaratkan mata, Ini akan melibatkan penyakit was-was yang dilarang
WALLAHUALAM