SJ-05-0003 : Patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatihah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0003 : Patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatihah

Soalan saya pasal Solat Jemaah..
Kita kena baca Al-Fatihah selepas Makmum mengaminkan Al-Fatihah tuan Imam kan?

Kata la, lepas Amin tu...si makmum ni dah baca Al-Fatihah..
Pastu, dia menunggu Imam habis baca Surah yang panjang..

Semasa dia tunggu Imam habis baca surah..dia terlupa sama ada dia dah baca Al-Fatihah atau belum...

Imam dah rukuk...patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatihah atau rukuk bersama Imam?

Sekian, Terima Kasih.

Re : SJ-05-0003 : Patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fati

w'salam

Telah berlaku khilaf dalam persoalan ini. Iaitu adakah wajib makmum membaca fatihah sedangkan imam telahpun membacanya. Berikut ringkasan khilaf:

1) Hanafiyyah: melarang Al-fatihah dari dibacakan. Jika dibaca, hukumnya makruh tahrim iaitu makruh yg mendekati haram. Antara dalil mereka:

Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)

Dari Jabir bin Abdullah ra bhw Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yg mengerjakan solat dibelakang imam, maka sesungguhnya bacaan imam menjadi bacaannya(makmum)"[HR Abu Hanifah]

Dari Jabir bhw Nabi saw telah bersabda, "Tiap2 solat yg tidak dibacakan ummul Quran di dalamnya maka untunglah dia(tidak sempurna), kecuali jika berada di belakang imam."[HR Khallal]

2. Syafi'iyyah: wajib

Rasulullah saw, "Tidak sah solat bagi orang yg tidak membaca Fatihul Kitab."[HR Bukhari dan Muslim]

Dari Ubadah bin Shamit bhw Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada solat kecuali dgn bacaan."[HR Bukhari, Muslim, Abu Daawud, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Ibn Majah dan Imam Ahmad]

Dari Ubadah bin Shamit ia berkata, "Baginda saw solat Subuh dan beliau mengeraskan bacaannya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Saya melihat kalian membaca di belakang imam?" Kami menjawab, "Benar, demia Allah, wahai Rasulullah." Kemudian baginda saw bersabda, "Jgnlah kamu semua lakukan kecuali ummul Quran krn sesungguhnya tidak sah solat seseorang yg tidak membacanya."[HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi]

3. Malikiyyah: Tidak dilarang dan tidak juga disuruh membaca fatihah. tapi disunatkan membacanya ketika solat sirr(senyap).

4. Hanbaliyyah: tidak dibaca pada ketika imam menguatkan bacaan ttp dibaca ketika solat sirr atau rakaat sirr.

Kedua2 mazhab maliki dan hanbaliyyah adalah pendapat yg pertengahan. dan mereka juga bersandarkan kpd dalil yg sama dgn mazhab yg lain. Hanya saja mereka memahami dalil2 dgn cara2 yg berlainan.

Khilaf ini adalah khilaf aula dan muktabar. Setiap mereka bersandarkan kpd dalil2 yg kuat. Tetapi ada dua perkara yg ingin ditekankan di sini, iaitu terdapat hadis yg seakan2 bertentangan antara satu dgn yg lain iaitu:

Dari Jabir bhw Nabi saw telah bersabda, "Tiap2 solat yg tidak dibacakan ummul Quran di dalamnya maka untunglah dia(tidak sempurna), kecuali jika berada di belakang imam."[HR Khallal]

Dari Ubadah bin Shamit ia berkata, "Baginda saw solat Subuh dan beliau mengeraskan bacaannya. Setelah selesai solat, beliau bersabda, "Saya melihat kalian membaca di belakang imam?" Kami menjawab, "Benar, demia Allah, wahai Rasulullah." Kemudian baginda saw bersabda, "Jgnlah kamu semua lakukan kecuali ummul Quran krn sesungguhnya tidak sah solat seseorang yg tidak membacanya."[HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi]

kedua2 hadis adalah sahih. Tetapi ia bertentangan antara satu yg lain, satu mengatakan tidak wajib membaca fatihah dan yg satu lagi mewajibkannya. Ada yg menganggap salah satu hadis telah dimansukhkan. Namun, ulama' hadis tidak dapat mengesan yg mana nasikh dan mana mansukh. Imam Syafi'i sendiri mengatakan tidak ada bukti pemansukhan hadis. Oleh krn itu wujudlah khilaf ini yg mana setiap pendapat adalah kuat.

saya tidak memasukkan dalil2 dgn lengkap. Dapatkanlah buku2 yg mentarjih hukum ini dan pilihlah mana yg kuat pada pandangan sdr. Apapun, qaul syafi'i juga merupakan qaul yg kuat. begitu juga qaul maliki dan hanbali. tetapi jika sdr memilih utk berpegang kpd pendapat Syafi'iyyah, maka wajib ke atas enta utk membaca dan menghabiskan al-Fatihah sblm ketinggalan 2 rukun yg panjang. WA.

RUJUKAN

Muqaaranatul Madzaahib fil Fiqhi
Prof Dr Mahmud Syaltut

re: SJ-05-0003 : Patutkah si Makmum tu baca kembali Al-Fatih

wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, terima kasih ustaz Gayat. Sekadar memetik pandangan Mazhab Syafie dari Fatwa Mufti Brunei tahun 2004 : ISU-ISU LUPA DALAM SEMBAHYANG - (BILANGAN 177 BAHAGIAN KEDUA):

Quote:
Apabila makmum teringat atau syak meninggalkan surah al-Fatihah sebelum dia melakukan rukuk dan selepas imam telah rukuk, maka hendaklah makmum membaca surah al-Fatihah itu dahulu kemudian bersegera mengikuti imamnya. Dalam hal ini makmum itu dimaafkan terkebelakang daripada imamnya sebanyak tiga rukun yang panjang.

Sementara jika makmum itu teringat atau syak meninggalkan surah al-Fatihah selepas dia dan imam melakukan rukuk, maka janganlah makmum kembali berdiri untuk membaca surah al-Fatihah. Akan tetapi hendaklah dia mengikuti imamnya dan menambah serakaat selepas imam memberi salam.

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic10_2004.htm

wasalam

خيرالأمين