SJ-05-0076 : Membaca surah An-Nas di awal solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0076 : Membaca surah An-Nas di awal solat

:salam

Kedapatan ramai para imam atau individu memulakan solat (sebelum takbir) dengan mambaca Surah An-Nas . Adakah ini tuntutan sunnah ?

Terima Kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0076 : Membaca surah An-Nas di awal solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr khai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada nas atau dalil yang menyatakan bahawa seseorang itu disunatkan membaca Surah al-Nas sebelum bertakbir untuk solat.

Nabi :saw bersabda kepada seorang Badwi :

ÅÐÇ ÞãÊ Åáì ÇáÕáÇÉ ÝßÈÑËã ÇÞÑà ãÇ ÊíÓÑ ãÚß ãä ÇáÞÑÂä
"Apabila kamu mendirikan solat, maka mulakan dengan takbir dan bacalah apa yang mudah bagi kamu dari al-Quran" [DiRiwayatkan oleh Ahmad, 2/437, Bukhari 1/182, dan Muslim 1/298, Abu Daud 1/226, Tirmudzi 2/100].

Telah datang dalil didalam Kitab Imam Bukhari dan Muslim dan lain2 bahawa Nabi :saw memulakan solat dengan mengucapkan Takbir. Tidak ada mana2 riwayat yang menerangkan bahawa terdapat beberapa bacaan2 lain yang dibacakan oleh Nabi :saw yang dibaca selepa iqamah. Sabda Nabi :saw didalam hadith lain :

ãÝÊÇÍ ÇáÕáÇÉ ÇáØåæÑ æÊÍÑíãåÇ ÇáÊßÈíÑæÊÍáíáåÇ ÇáÊÓáí
"Kunci kepada solat adalah berada didalam keadaan bersih (bersuci), bermulanya (haram melakukan yang lain) dengan Takbir dan diakhiri (halal dilakukan yang lain) dengan salam" [Hadith dikeluarkan oleh Ahmad 1/123, Abu Daud 1/49, Ibn Majah 1/101, Tirmudzi 1/9, alDaraaami 1/175].

Didalam Sahih Muslim juga meriwayatkan bahawa Nabi :saw memulakan solat dengan mengucapkan Allahu Akbar dan ayat Alhamdulillahi rabbil 'aalamin [sebagaimana hadith yang dkeluarkan oleh Ahmad 6/31, Abu Daud 1/208, Ibn Majah 1/267].

Jelas dari hadith2 sahih diatas bahawa selepas iqamah, Nabi :saw terus mengangkat Takbir al-Ihram dengan mengucapkan Allahu Akbar tanpa membaca ayat2 lainnya. :aklam.

wassalam

خيرالأمين