SJ-05-0298 : perihal imam terlupa bacaan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0298 : perihal imam terlupa bacaan

:salam
seorang hamba Allah bertanyakan soalan berikut:

Quote:
Pagi ini Ana solat subuh bejemaah di surau Ana.Pak Iman embaca surah Saajadah.Dalam dia membaca dia trlupa surah dan dia mengucapkan subahanallahdan sambung bacaannya hingga habis.Selepas solat ada makmum tak puas hati kerana dia dakwa solat tak sah kerana Imamsebut subahanllah.Jadi saya nak tanya pendapat ustaz atau mereka yang arif dalam soal ini.

Wassalam

SJ-05-0298 : perihal imam terlupa bacaan

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Membaca tasbih dalam sembahyang, sekalipun pada bukan tempatnya tidak menjejaskan sah sembahyang. Yang menjejaskan ialah bercakap.

- Hadis Nabi SAW menyebut: "Sesungguhnya sembahyang ini tidak elok diucapkan di dalamnya sesuatu kalam manusia. Sesungguhnya hanyalah (dibolehkan) tasbih, takbir, dan bacaan Quran".
HR: Muslim (no: 3734).

- Berdasarkan hadis ini, tasbih tidak menjejaskan sah sembahyang. Cuma jika disebut di tengah-tengah bacaan Fatihah, ia menjejaskan bacaan Fatihah, dan mesti ulang balik Fatihah itu, kerana syarat Fatihah, mestilah tertib ayatnya dan muwalat (tidak dipisahkan). Adapun jika bertasbih ketika bacaan surah, maka tidak mengapa.

Wallahu A'lam

rujukan:
-Minhaj Talibin Imam Nawawi m/s 97.