You are here

SJ-05-0307 : baring waktu azan mayat berat??

Primary tabs

assalamua'laikum..soalan saya betulker kalau kita bbaring waktu azan nanti masa meninggal mayat kita jadi berat bila diangkat..adaker nas2 yg sahih berkaitan hal ini..

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kami tidak menemui sebarang petunjuk tentang perkara yang anda ajukan. Dilihat ia seolah-olah seperti pantang larang yang direka-reka untuk menggalakkan org Islam bersegera mengerjakan solat. Walaupun maksudnya baik, tetapi syariat tidak memerlukan rekaan2 seperti ini. Cukuplah dengan banyak nas-nas Quran dan hadis yang menganjur supaya bersegara dalam melakukan amalan soleh secara am, dan solat jemaah secara khas.

Cuma, ketika azan disunatkan menjawab kalimat2 azan, dan berdoa selepasnya. Samada dalam keadaan duduk, berdiri, berjalan, berbaring, atau apa jua keadaan. Tiada larangan daripada berbaring ketika azan. Asalkan menunaikan kefardhuan iaitu solat Fardhu atau solat jemaah.

Malahan, sabit dalam hadis sahih Nabi SAW berbaring selepas baginda menunaikan 2 rakaat sunat Subuh selepas terbit Fajar. HR Bukhari (no: 600).