SJ-05-0309 : Lafaz amin dan masalah lain

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0309 : Lafaz amin dan masalah lain

:salam

1- Sekiranya kita mengambil pendirian membaca al-fatihah selepas imam selesai,adakah kita perlu/boleh membaca lafaz "amin" selepas kita membaca secara senyap/sirr selepas imam tamat membaca al-fatihah. ini kerana kita turut meng'amin'kan bacaan jahr imam

2- Sekiranya kita mengambil pendirian dalam masalah fiqh solat,tetapi kita ragu-ragu samada ia benar atau tidak,kemudian apabila ditanya kepada orang alim didapati pendirian kita benar,adakah solat kita cacat? Contohnya A mengalami keraguan dalam masalah solat berjemaah,demi menghilangkan keraguan dia bersolat sekali lagi secara bersendirian untuk mengelakkan masalah yang sama berulang apabila berjemaah. contohnya A ragu2 untuk menjadi makmum kepada B dalam keadaan saf yang tidak sama,kerana terdengar pendapat apabila solat berdua,maka A dan B harus berada di dalam saf yang sama sekalipun imam ialah B.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0309 : Lafaz amin dan masalah lain

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Disunatkan menyebut 'Amin' selepas selesai setiap bacaan Fatihah, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133).

Jadi, makmum yg baca Fatihah pun disunatkan sebut Amin selepas bacaan dirinya, walaupun sudah menyebutnya selepas bacaan imam.

Cuma, kelebihan menyebut 'Amin' selepas bacaan imam ada kelebihan khas, sebagaimana dalam hadis: Abu Hurairah melaporkan: Nabi SAW bersabda: "Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Amin nya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa-dosa terdahulu". Direkod oleh Bukhari (no: 747) dan Muslim (no: 410).

2- Seseorang yang mengamalkan ibadah berdasarkan sesuatu mazhab atau fatwa alim yang dipercayainya, maka dia sudah melakukan tanggungjawabnya setakat mampu. Jika sekiranya selepas dia belajar, dia mendapati pendapat yg dipegangi tidak tepat dengan sunnah, ia tidak membatalkan amalan lamanya. Kerana Ijtihad yang baru tidak membatalkan amalan lepas yg juga berdasarkan ijtihad.

Jadi, tidak perlu dia ulangi balik amalan-amalan dahulu yg didapati kurang sahih. apatah lagi dalam kes2 yg langsung tidak membatalkan ibadah, seperti contoh yg anda sebut iaitu kedudukan imam jika makmumnya seorang. Samada makmum berdiri sama dengan imam, atau makmum terkebelakang sedikit, ia tidak membatalkan solat. Wallah A'lam.