SJ-05-0398 : Tarawih 8 rakaat, 2 salam

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0398 : Tarawih 8 rakaat, 2 salam

Assalamualaikum w.b.t

Kami pelajar malaysia di indonesia keliru tentang solat terawih yang diadakan di sini. Mereka membuatnya 4 rakaat dan salam. (2 kali)

Soalannya ialah:

1. Bolehkan berbuat begitu?

soalan-soalan off topic.

Di sini kedai makan ada menjual makanan yang agak 'lain macam'. tetapi bila ditanya mereka kata halal. Jadi macam mana ye? Boleh atau tidak nak makan?

SJ-05-0398 : Tarawih 8 rakaat, 2 salam

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kemungkinan mereka mengambil zahir hadis Aisyah r.a.

ãÇ ßÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã íÒíÏ Ýí ÑãÖÇä æáÇ Ýí ÛíÑå Úáì ÅÍÏì ÚÔÑÉ ÑßÚÉ íÕáí ÃÑÈÚÇ ÝáÇ ÊÓá Úä ÍÓäåä æØæáåä Ëã íÕáí ÃÑÈÚÇ ÝáÇ ÊÓá Úä ÍÓäåä æØæáåä Ëã íÕáí ËáÇËÇ

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan dan bulan lain, tidak pernah melebihi sebelas rakaat. Baginda bersolat empat rakaat, jangan persoalkan tentang panjang dan eloknya ia. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan persoalkan tentang elok dan panjangnya ia. Kemudian baginda bersolat tiga rakaat.
Direkod oleh Bukhari (no: 1096) dan Muslim (no: 738).

Walaubagimanapun, pemahaman yang tepat bagi hadis ini -Wallahu A'lam- ialah baginda bersolat secara dua rakaat dua rakaat. CUma selepas empat rakaat (dengan dua salam) baginda berehat agak lama, kemudian menyambung lagi empat rakaat (dua salam). Kemudian, baginda berhenti agak lama sebelum membuat witir tiga rakaat.

Kata Ibn Khuzaimah: "Khabar Aisyah bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersolat empat rakaat, ialah dengan dua salam bukan dengan satu salam". (Sahih Ibn Khuzaimah 2/215)

Ini berdasarkan kepada:

Hadis umum tentang kaifiat solat malam iaitu hadis Ibn Umar, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sembahyang malam dua rakaat dua rakaat". (Direkod Bukhari no: 946 dan Muslim no: 749).

Kata Ibn Batthal, "Hadis ini menafsirkan hadis Aisyah bahawa baginda bersolat empat rakaat".

Jika dilakukan secara empat rakaat satu salam, kata Imam Nawawi: Tidak sah kerana ia bersalahan dengan yang dimasyru'kan. (Majmuk 4/32)

Wallahu A'lam.

SJ-05-0398 : Tarawih 8 rakaat, 2 salam

Quote:
soalan-soalan off topic.

Di sini kedai makan ada menjual makanan yang agak 'lain macam'. tetapi bila ditanya mereka kata halal. Jadi macam mana ye? Boleh atau tidak nak makan?

Wallahu A'lam, kami kurang memahami secara jelas maksud 'lain macam' yang saudara sebutkan. Adakah terdapat tanda-tanda ada unsur tidak halal, atau kerana makanan itu kita tidak biasa nampak di tempat kita.

Walaubagaimanapun, secara asasnya makanan yang dibuat oleh orang Islam, hukum asalnya adalah halal. Wallahu A'lam.