SJ-05-0399 : Solat Ikut Imam dan Ulang solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0399 : Solat Ikut Imam dan Ulang solat

:salam

sy ada beberapa soalan,

1.bolehkah makmum rukuk apabila imam rukuk walaupun belom habis baca surah al-fatihah ??
sy ada dgr yg pendapat mazhab hanafi membenarkan perkara tersebut?
bolehkah utk diamalkan?

2.bolehkah utk diulangi solat sekali lagi, semata mata utk dpt ganjaran berjemaah?
sebagai contoh, sy solat bersendirian,
selepas selesai solat tersebut, tiba tiba ada seorang datang utk solat,maka sy solat sekali lagi dgn dia secara berjemaah ..
adakah dibolehkan??

sekian terima kasih.. ::wink:

SJ-05-0399 : Solat Ikut Imam dan Ulang solat

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Jawapannya adalah dibolehkan berdasarkan sabda Rasulullah saw :

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå

Sesungguhnya Imam dijadikan untuk diikuti………. (HR Bukhari : 734 dan Muslim : 417)

Menurut Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan , mengikut imam itu adalah lebih utama daripada menghabiskan bacaan al-fatihah.Ini kerana terdapat dalil yang menyuruh makmum memadai mendengar bacaan fatihah imam. [Al-Mulakhkhas al-Fiqhi , bab Solat Jama’ah]

Berkenaan dengan soalan kedua pula :

Hukumnya adalah dibolehkan saudara solat sekali lagi dengan tujuan untuk mendapatkan pahala jamaah.Solat pertama tadi akan dikira sebagai solat sunat /nafilah sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah saw yang memerintahkan dua orang lelaki untuk mengulang solatnya dengan sabdanya :

ÝÅäåÇ áßãÇ äÇÝáÉ

Maka hal itu adalah sebagai iabdah nafilah bagi kamu berdua

(Hadis Yazid bin Al-Aswad , Abu Daud : 575 , At-Tirmizi : 219 , An-Nasa’ie : 857)

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com