SJ-05-0417 : Sambung masbuq dan ucapan salam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0417 : Sambung masbuq dan ucapan salam

:salam

Sepatutnya makmum bagi salam selepas imam bagi salam kedua atau rakaat pertama?

Juga, adakah makmum patut bangun meneruskan rakaatnya yang berbaki setelah imam bagi rakaat kedua atau yang pertama. Selalu tengok/saya pun buat lepas imam bagi salam pertama makmum terus bangun sambung, tak tunggu salam kedua.

:wassalam

SJ-05-0417 : Sambung masbuq dan ucapan salam

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Keadaan makmum apabila Imam memberi salam :-

a. Bagi makmum yang sempat bersama Imam didalam solat (muafik), ulama’ Syafie berpendapat bahawa didalam kes salam, makmum perlulah melakukannya selepas Imam (tidak bersamaaan dengan salam Imam). Ini dikatakan agar makmum tidak segera melakukan urusan dunia. Menurut pandangan yang sahih didlam Mazhab Syafie, jika makmum melakukan salam bersamaan dengan Imam, ia tidak membatalkan solat, akan tetapi menghilangan fadhilat berjemaah, kerana menyalahi Imam,.

b. Bagi makmum yang masbuk (kurang satu atau beberapa rakaat), selepas Imam melakukan salam pertama bolehlah (harus) dia bangun menambah rakaat yang berbaki. Ada dikalangan ulama Mazhab Syafie menggalakkan menunggu sehingga Imam selesai melakukan salam kedua.

Bagi Mazhab Syafie, salam pertama adalah wajib dan salam kedua adalah sunat. Selesai melakukan salam pertama menunjukkan bahawa Imam telah keluar dari solatnya. Bagi Mazhab Hanafi, wajib makmum yang masbuk menunggu sehingga Imam selesai menunaikan kedua-dua salam.

Ada dikalangan ulama’ Syafie yang menegaskan bahawa jika seseorang makmum itu menunggu akan Imam selesai kedua-dua salamnya, hendaklah dia bersegera bangun, malah ada yang mengatakan wajib segera bangun. Ini adalah kerana makmum masbuk yang tidak bangun pada ketika itu telah melakukan posisi duduk diluar solat.

Didalam kitab al-Qaul al-Tamaam fi Ahkam al-Ma'mum wa al-Imam 'ala Mazhab Imam al-Syafie menyebut bahawa adalah mustahab kepada makmum agar tidak bangun sehingga Imam selesai memberi salam yang kedua, kerana salam yang kedua itu masih termasuk didalam solat. (ms 126, Maktabah al-Quran, cet 2002)WA.

Kesimpulannya, bagi makmun yang muafik, sebaik-baiknya memberi salam selepas Imam melakukannya; iaitu bukan bersama-sama dengan Imam, dan bagi makmum yang masbuk, sebaik-baiknya menunggu selepas Salam ke dua Imam selesai, dan segera bangun.

Sekian, wassalam

Lihat –Dr. Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh – 1.

خيرالأمين