SJ-05-0432 : Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0432 : Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah

Assalamualikum Tuan, saya mohon tuan menerangkan kpd saya tentang bacaan fatihah oleh makmum dalam sembahyang berjemaah. Setahu saya, dalam mazhab syafie makmum wajib baca fatihah dalam semua rakaat sembahyang jemaah. Dalam mazhab hanafi pula makmum tidak perlu baca kerana tuntutan baca fatihah itu atas imam. Bagaimana pula hal ini dalam salafi.

Bolehkah saya tidak membaca fatihah pada rakaat pertama dan kedua sembahyang jihri dengan berjemaah (kerana saya tidak dapat menumpu kpd bacaan fatihah semasa imam membaca quran, sehingga menyebabkan saya selalu rukuk lewat - kadang-kadang sehingga imam sudah sujud.) Minta jasa baik ustaz berkenaan hal ini. Wassalam.

SJ-05-0432 : Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Perkara membaca surah al-Fatihah dibelakang Imam yang membaca secara jahr (kuat) telah banyak dibincangkan didalam laman ini. Perkara utama yang perlu kita jelas disini adalah isu ini merupakan khilaf ulama', dengan erti kata lain, seseorang itu dibenarkan memilih diantara dua pandangan ini; iaitu membaca al-Fatihah atau tidak membacanya ketika Imam membaca secara kuat.

Perlu juga kita ketahui bahawa Imam-Imam Mazhab ini kesemuanya merupakan Imam bermanhaj Salaf. Mereka lebih memahami hal-ehwal hadith berserta aplikasi fiqhnya menurut kaca mata salaf. Khilaf (perselisihan) Imam-Imam tersebut berdasarkan ambilan dalil-dalil dari sumber hadith yang sahih. Maka disini tidak timbul isu Imam mana yang lebih salafi atau seumpamanya.

Berbalik kepada isu membaca surah al-Fatihah, anda boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa apabila Imam membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu membacanya, dan memberi penumpuan kepada bacaan Imam.

Berikut merupakan tuatan kepada isu pembacaan surah al-Fatihah semasa Imam membaca secara jahr (kuat) yang te;ah dijawab oleh al-Fadhil Ustaz Abu Umair :-

SJ-05-0289 : Kemusykilan yg saya hadapi
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33962

SJ-05-0380 : membaca Fatihah bagi Makmum ketika solat jahar
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36509

Sekian, wassalam

خيرالأمين