SJ-05-0464 : Sunat Sunat Setelah Azan Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0464 : Sunat Sunat Setelah Azan Jumaat

:wassalam

Apakah solat sunat setelah azan jumaat tu sunat atau pun diada2kan?

albaruhiyy (not verified)
SJ-05-0464 : Sunat Sunat Setelah Azan Jumaat

:salam

Solat sunat sebelum jumaat ialah masalah khilaf ulama sejak dahulu lagi. Ini adalah masalah ijtihadiyyah yang mana tidak perlu diingkari seseorang itu sama ada melakukannya atau meninggalkannya, dan tidak perlu diperdebatkan dengan cara taasub dan menyebabkan perpecahan.
Justeru, masalah ini perlu dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah. Cuma ringkasnya, saya ambil dari fatwa Islam qa.

Sebenarnya, hadis-hadis yang menunjukkan solat empat rakaat dan seumpamanya sebelum jumaat, ia tidak menunjukkan sunat rawatib sebelum jumaat seperti solat Zohor. Bahkan ia menunjukkan pensyariatan solat sebelum jumaat yang dipanggil sunat mutlak, bukan sunat rawatib. Antara hadisnya
Dari Salman al-Farisi r.a Sabda Nabi s.a.w : Tidaklah mandi seseorang kamu pada hari Jumaat, dan bersuci sedaya mampunya, dan meminyakkan rambut, atau mengenakan minyak wangi di rumahnya kemudian ia keluar, maka ia tidak memisahkan (tempat duduk) antara dua orang, kemudian ia solat apa yang ditulis baginya, kemudian ia diam apabila imam bercakap, melainkan diampunkan dosa baginya antaranya hingga jumaat yang lain. [al-Bukhari 883].

Daripada Tha’labah bin Abi Malik, bahawasanya mereka pada zaman Umar bin al-Khattab telah melakukan solat hari jumaat sehingga keluar Umar. [al-Muwatta’ 1/103, dan ditashihkan al-Nawawi dalam Majmuk 4/550].

Cuma dalil-dalil ini tidak menunjukkan kepada sunat rawatib. Sebab itu Ibn Hajar berkata :
" æÃãÇ ÓäÉ ÇáÌãÚÉ ÇáÊí ÞÈáåÇ Ýáã íËÈÊ ÝíåÇ ÔíÁ " ÇäÊåì.
"ÝÊÍ ÇáÈÇÑí" (2/426).

Maksudnya : ”Dan adapun sunat sebelumnya (jumaat) maka tidak sabit sesuatu pun” [Fath al-Bari 2/426]

Untuk lebih maklumat, saudara yang bertanya boleh merujuk dalam Fath al-Bari, Ibn Hajar membincangkan masalah ini dengan panjang lebar dan sudah memadai untuk kita memahaminya. Wallahualam

http://www.islam-qa.com/ar/ref/117689