SJ-05-0483 : Rampai soalan jemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0483 : Rampai soalan jemaah

:salam

1)
Sekiranya makmum mengangkat takbir sekali selepas imam dan imam membaca doa iftitah sebelum al-fatihah, maka makmum wajib membaca iftitah juga?

Bagaimana sekiranya makmum senyap sahaja tanpa baca iftitah?

2)
Sekiranya makmum bangun dari rukuk menuju iktidal, dan imam membaca sami'Allahu liman hamidah, adakah makmum perlu membaca "Rabanna walakal hamd" sahaja? Dan adakah dibaca ketika naik ke iktidal atau ketika berdiri iktidal?

Bagaimana sekiranya makmum membaca "sami'Allahu liman hamidah rabbana walakal hamd" atau pun sami'Allahu liman hamidah tanpa selebihnya? Sah solat?

Sebab mengikut terjemahan hadith yg saya baca .. sekiranya Imam sebut sami'Allahu liman hamidah, makmum jawab Rabbana walakal hamd.

WA. :wassalam

albaruhiyy (not verified)
Re: Rampai soalan jemaah

Bismillahirahmanirrahim...

Soalan 1)
Perlu diketahui bahawa bacaan doa iftitah adalah sunat dan bukan wajib atau rukun solat seperti fatihah. Jika senyap sahaja, sah solatnya.Cuma dia meninggalkan satu fadilat yang sangat besar.

Soalan 2)
Imam al-Nawawi [3/419] dan Ibn Qudamah [2/389] menukilkan khilaf fiqh dalam masalah bacaan sam’allahuliman hamidah dan rabbanalakalhamd ketika iktidal. Secara ringkasnya boleh disebutkan seperti berikut :

Mazhab Shafie : Bagi Imam, makmum atau solat bersendirian, sunat ketika mengangkat kepala daripada rukuk membaca “SamiaAllahuliman hamidah” dan apabila tegak sunat membaca “Rabbana lakalhamd”. Ini juga pendapat Ata’, Abu Burdah, Ibn Sirin, Ishaq dan Dawud. Hujahnya ialah hadis Abu Hurairah s.a.w. bahawa Nabi s.a.w apabila bginda berkata : “samia’llahulimanhamidah”, baginda berkata : “Allahummarabbana walakalhamd”. [Bukhari dan Muslim]

Mazhab Abu Hanifah, Malik dan Ahmad dalam satu riwayat: Sunat bagi imam dan orang solat bersendirian membaca “SamiaAllahuliman hamidah” sahaja. Manakala makmun sunat baca“Rabbana lakalhamd” sahaja. Ibn Munzir menisbahkan pendapat ini kepada al-Sha’bi, Abu Hurairah dan Ibn Mas’ud.

Mazhab Ahmad dalam satu riwayat, Abu Yusuf, Muhammad, al-Awza’i dan al-Thawry : Imam sunat membaca kedua-dua zikir (sam’allah….dan rabbanalakalhamd). Makmum hendaklah memadai dengan bacaan ‘rabbanalakalhamd’. Hujah mereka ialah hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Apabila Imam berkata “samiallahulimanhamidah”, maka hendaklah kamu berkata : “rabbanalakalhamd”. [riwayat Bukhari dan Muslim]
Ibn Qudamah berkata, utk makmun hendaklah membaca rabbanalakalhamd ketika hendak mengangkat kepada ke iktidal kerana sabda Nabi :
إذَا قَالَ الْإِمَامُ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا : رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ
Menunjukkan bahawa kata-kata makmum mengikuti kata-kata imam. Yakni selepas imam sebut samiallah…makmum hendaklah sebut rabbanalakalhamd..

Walaubagaimanapun yang anda lakukan solat masih sah. Wallahualam.