SJ-06-0087 : Hukum Tinggalkan solat ketika kesesakan jalan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0087 : Hukum Tinggalkan solat ketika kesesakan jalan

Salam
Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas?
Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan sebegini?
Jika kena solat hormat waktu, bagaimana ia perlu dilakukan?

Salam

Re: Hukum Tinggalkan solat ketika dalam kesesakan jalan

:salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apajua keadaan. Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak.

Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya,sekiranya seseorang yang berniat musafir , boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar dirumahnya sebelum keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar.Ini disebabkan kita menaiki kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi menunaikan solat.Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2 rakaat.Iaitu tidak boleh men’qasar’kan solat tersebut kerana belum mula musafir.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :

Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur dan'Asar. dan antara Maghrib dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan. Dan didalam lafaz yang lain : Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim : 1151)

Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu samada ianya sedang bermusafir mahupun bukan bermusafir.

Berkenaan dengan solat hormat waktu , kami tidak menjumpai sebarang petunjuk dari Sunnah Rasulullah saw tentangnya.Ianya hanyalah merupakan pendapat sebahagian ulama ….Wa Allahu A’alam.

http://islamqa.com/ar/ref/96229

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com