SJ-07-0198 : Kekeliruan tentang Tahlil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0198 : Kekeliruan tentang Tahlil

Saya minta kerjasama antum semua,

Kalau orang tanya saya perkara di bawah ini. Macam mana saya nak jawab:-

Menurut hadith : "Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya." Mutafaq 'alaih.

Oleh sebab di dalam al-Quran juga terdapat doa-doa. Boleh tak kalau anak-anak kita buatkan majlis bacaan Al-Quran (beramai-ramai di kalangan anak-anak sahaja) untuk ayah?

Minta Penjelasan.

Re: Kekeliruan tentang Tahlil

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

- Jika mahu berdoa menggunakan ayat Al-Quran, pilihlah doa-doa dari Al-Quran ayang sesuai untuk didoakan kepada ayah dan ibu yang meninggal. Jika membaca keseluruhan Al-Quran, ia tidak dipanggil doa. Ia dipanggil tilawah al-Quran yang mengandungi pelbagai perkara: hukum-hakam, cerita, amaran, galakan, aqidah, malah ada huruf-huruf yang tidak difahami maknanya.

- Berkenaan hukum baca Quran dan meniatkan pahala kepada arwah, pendapat jumhur ulama mengatakan pahala bacaan Al-Quran boleh sampai kepada simati. Atas pendapat ini maka boleh membacakan Al-Quran untuk diniatkan pahalanya kepada arwah ibu bapa yang sudah meninggal.

- Tetapi jangan dijadikan ia sebagai satu syiar, dengan mengadakan majlis bacaan Quran beramai-ramai dengan satu suara, atau dicampurkan dengan amalan-amalan lain yang tidak ada asas daripada syarak.

Wallahu A'lam.