SJ-08-0042 : Ganti Puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0042 : Ganti Puasa

Jika suami & isteri bersama disiang hari di bulan ramadhan, berapa hari kah mereka wajib mengganti puasa? Sebulan? Perlukah ia berturut-turut selama sebulan atau tidak?

SJ-08-0042 : Ganti Puasa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri #1936):-

a. memerdekakan hamba
b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut
c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Menurut Imam Ahmad, perkara diatas ini berbentuk pilihan. Pilih salah satu darinya sudah mencukupi.

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami istei di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha'.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh. berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan keatasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112].

Kesimpulannya, menurut Imam Syafie, hanya si-suami yang wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan si-isteri hanya wajib mengqadha' satu hari sahaja. Jika tidak mampu melakukan puasa, berilah makan kepada 60 orang miskin. WA.

Rujukan : al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyam. Darul Wafa', 1998.

خيرالأمين