SJ-08-0120 : Kadar Fidyah yang perlu dibayar.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0120 : Kadar Fidyah yang perlu dibayar.

:salam soalan saya sama saje dengan pengirim soalan yang lain yakni tentang ganti puasa cuma berbeza situasi.saya pernah meninggalkan puasa selama 40 hari itu adalah jumlah yang saya yakini tapi selama 6 tahun saya tak ganti membuatkan saya terlupa jumlahnya yang sebenar samada terlebih atau terkurang namun itulah jumlah saya yakini,,,namun pada tahun ini saya berjaya gantikannya sehingga selesai dan berasa lega,,,perlukah saya membayar fidyah kalau perlu berapakah kiraannya dan golongan yang layak saya membayarnya

Re: soalan yang sama tapi berbeza situasi

:salam

Untuk masalah hukum berkenaan fidyah ini bolehlah kiranya saudara merujuk link url dibawah :

http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=36980&sid=5eb28afcb3a434e5d5a725e6cb63d542

Berkenaan dengan masalah kadar fidyah yang perlu dibayar pula ialah sebagaimana tafsiran para ulama berkenaan dengan ayat 184 surah al-baqarah :

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan kadar Fidyah yang perlu dibayar seperti berikut :

1. Sebahagian daripada sahabat yang terdiri daripada Umar al-khattab dan anaknya Abdullah , Ibn Abbas dan Abu Hurairah menyebutkan kadarnya adalah secupak gandum bagi setiap hari yang ditinggalkan daripada Ramadhan.

2. Sebahagian sahabat lainnya dan Tabi’in menyebutkan kadarnya ialah 2 cupak dan sebahagian yang lain mengatakan 1 gantang atau 4 cupak.

Adapun yang rajih disisi para ulama (Jumhur) ialah kadar fidyah yang perlu dibayar ialah pendapat pertama atau menyamai kadar kaffarah al-Yamin iaitu 1 cupak untuk 1 orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Makanan yang digunakan untuk membayar fidyah ialah gandum sebagaimana yang disebut oleh ulama , tetapi menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah al-Daaimah , boleh sahaja ditukarkan kepada bentuk makanan lain yang boleh mengenyangkan dan dianggap sebagai makanan ruji sesebuah masyarakat tersebut seperti beras , tepung , kurma , jagung dan sebagainya. [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161]

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com