SJ-10-0033 : Anak Lebah vs Madu Lebah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0033 : Anak Lebah vs Madu Lebah

:salam

saya ingin bertanya, madu lebah boleh di makan, tapi adakah anak lebah juga boleh dimakan? Apa kriteria-kriteria yang menunjukkan bahawa sesuatu binatang atau serangga itu boleh di makan atau tidak?
:wassalam

SJ-10-0033 : Anak Lebah vs Madu Lebah

:wassalam

alJawab: (ringkas)

Yang benar ialah madu sahaja dimanfa'atkan, manakala anaknya tidak dimakan. Ini kerana hadith hanya menyebut ''Asal' yakni madu.

Kriteria sesuatu binatang/serangga boleh dimakan. Kitab terbaik ialah alHalal wal Haram fil Islam atau Halal dan Haram dalam Islam oleh Prof Syaikh Yusoff alQaradhawi yang sudah lama di pasaran. Ia merupakan kitab wajib yang perlu dimiliki. Kriteria utama ialah AQ 2: 168 (yang baik-baik) Yang baik2 ini sedikit sekali yang dijelaskan oleh al-Qur:an dan Sunnah, kerana ia diserahkan kepada selera dan citarasa tempatan menentukan. Serangga yang disebut cuma satu, belalang (jarad).