SJ-11-0101 : KWSP akui tidak ikut syariat, org Islam bgmana?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0101 : KWSP akui tidak ikut syariat, org Islam bgmana?

:salam

Saya kongsikan sedikit isi kandungan SURAT PENJELASAN DARIPADA KWSP kepada PPIM dari website PPIM: http://www.muslimconsumer.org.my

Quote:
Pada 6 Mac 2007, sekretariat PPIM telah menerima faks daripada pihak KWSP mengenai penjelasan mereka berkenaan isu pelaburan KWSP berkenaan syariah . Ia adalah lanjutan daripada 'poll' oleh pihak ppim dan daripada perjumpaan 'empat mata' antara pihak PPIM dan KWSP yang diketuai oleh En.Noor Nirwandy Mat Noordin, Pengarah Projek PPIM pada 23 Februari 2007 di KWSP, Jalan Raja Laut. Inilah yang dapat kami kongsikan bersama pelayar web PPIM sekalian.

Antara lain, di dalam surat penjelasan itu, KWSP mengakui terdapat pelaburan yang tidak menepati tuntutan syariat dan terdapat saham-saham syarikat perjudian yang dikatakan hanya menunggu masa untuk dijual.

Saya sebagai pencarum kecewa kerana KWSP yang selama ini disangka bersih, rupanya kotor dengan unsur Riba' dan mempunyai saham perjudian.

Apakah yang sepatutnya saya buat? Wajarkah jika saya berhenti mencarum dan menyarankan pengurusan syarikat saya bekerja untuk memindahkan semua caruman seterusnya kepada satu simpanan di tempat lain, Takaful misalnya.

Bagaimana pula para pesara yang telah menggunakan wang caruman mereka boleh membersihkan sumber kewangan mereka?

Terima kasih.

SJ-11-0101 : KWSP akui tidak ikut syariat, org Islam bgmana?

:wassalam

al-Jawab:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP atau EPF) adalah sistem mandatori bagi semua pekerja di Malaysia. Maka anda tidak boleh berbuat apa-apa untuk mngarahkan majikan anda berhenti mencarum.

Buat masa ini, anda cuma boleh mengeluarkan sebahagian dari akaun 1 untuk tujuan pelaburan dalam skim2 yang diiktiraf oleh kerajaan dan ada skim pelaburan itu yang Islamik. Ini semua adalah atas inisiatif sendiri.

2. Desakan supaya KWSP diislamkan pelaburannya pernah dikemukakan oleh Datok Nor Mohamed Yakcop (sekarang Menteri Kedua Kementerian Kewangan) dalam bukunya, "Sistem kewangan Islam di Malaysia, Utusan: 1996, ms 148, namun sejak beliau menjadi menteri, saranan itu tidak kedengaran lagi.

3. Mengenai status dan cara membersihkan dividen yang diterima oleh pencarum. Ia hendaklah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja. Sambil menunggu fatwa Majlis Fatwa atau KWSP di Islamkan pelaburannya (di masa depan) anda boleh (mengambil langkah pro-aktif) dgn membersihkan sendiri dengan mengeluarkan tabungan dari Akaun 1 dan laburkan dalam skim pelaburan (trust fund) syari'ah melalui agen bertauliah.

Jika anda ingin membersihkan jumlah caruman anda dalam KWSP ialah anda kena tahu jumlah caruman anda dan jumlah dividen yg anda terima.
Selalunya dividen KWSP seputar 4%-5% setahun. Jumlah dividen yang anda terima itu adalah anugrah KWSP kepada anda tanpa anda mintak pun tapi menjadi hak anda utk mendapat dividen dari pelaburan yg halal, tapi apakandaya anda tidak berupaya membuat apa jua pilihan. Maka jika anda ingin membuat pengiraan sendiri, anda hendaklah tahu serba sikit ilmu accounting dan mampu membaca lapuran KWSP yang dipaparkan di websites KWSP. Ia agak kompleks utk mengira pecahan dividen KWSP dan mengesan pelaburannya dalam sektur halal dan non-halal. Tapi maklumatnya memang ada dalam lapuran tahunan KWSP. kami tidak dapat membantu pengiraannya kerana agak kompleks dan mungkin tidak difahami oleh orang awam.
Rumusan: Oleh kerana itu hal ini memerlukan kata putus dari Majlis Fatwa. apapun bagi mereka yg ingin mengira , mereka boleh berbuat demikian kerana laman web KWSP ada kesemua maklumat yang diperlukan.
WA.