SJ-11-0179 : hukum buat duit dgn laman web ni..

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0179 : hukum buat duit dgn laman web ni..

assalamualaikum ahli panel yg dikasihi

ana nak tny ni:

cube tgk laman web http://www.surfjunky.com...
laman ini menawarkan keuntungan hanye dgn melayari internet
dalam sejam, mereke menawarkan 0.45$ jike kite join.
maknenye org hanye perlu log in, dan biarkan web ni buat duit untuknye.
boleh kate xpayah usahe apape le, just tunggu je.
ape hukum menyertai, dan duit yang diterime tu bagaimane statusnye?

sekian, wassalam

SJ-11-0179 : hukum buat duit dgn laman web ni..

wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Perniagaan “click link” laman web dan memperolehi (upah) wang darinya adalah sejenis perniagaan yang berasaskan perniagaan iklan.

Conrtohnya :- apabila seseorang membuat pencarian” arabic books in Malaysia” menggunakan engine pencarian GOOGLE, disamping menyenaraikan keputusan pencarian tersebut disebelah kiri, Google juga akan menyenarai SPONSORED LINKS (tautan yang di taja) disebelah kanan. Contohnya seperti berikut.

Quote:
Sponsored links

U.S. News in Arabic
ÕÍÇÝÉ ãÓÊÞáÉ Úä
ÇáæáÇíÇÊ ÇáãÊÍÏÉ
www.WorldSecurityInstitute.org

Buy Arabic Books Online
Full Range of Arabic Learning Books
To Read, Write and Speak in Arabic
GoodwordBooks.com

Books in Malaysia
Market Size, Growth, Trends, Data
Buy 2007 Market Research Report
InternationalBusinessStrategies.com

Jika pengguna tersebut memilih untuk klik tautan yang ditaja, maka syarikat Google akan mengenakan charge US$0.50 (contoh harga tahun 2005) kepada syarikat empunya link tersebut. Misalnya jika seseorang itu klik kepada link U.S. News in Arabic, maka Google akan bill atau charge Syarikat U.S. News sebanyak US$0.xx. Ini bermakna, syarikat tersebut boleh mengiklankan secara percuma di laman pencarian google sehinggalah pengguna memilih untuk klik masuk laman tersebut.

Begitu juga dengan perkhidmatan AdSense yang ditawarkan oleh Google. Laman web atau blog kita boleh menyediakan pengiklanan melalui google adsense, dan setiap kali pengguna klik kepada tautan yang terdapat pada web atau blog ini, kita akan memperolehi wang/upah dari Google dan Google juga akan menerima wang dari bayaran syarikat empunya iklan.

Saya kira, surffunky juga menawarkan model perniagaan yang sama, iaitu berasaskan pengiklanan dengan cara melayari laman web tertentu, dan memperolehi upah dari pelayaran tersebut.

Ibn Qudamah rh (al-Mughni 6/20) menjelaskan bahawa kontrak berasaskan UPAH adalah dibolehkan walaupun jenis perkhidmatan tidak diketahui. Contohmya : anda tidak tahu berapa ramai orang yang akan klik kepada iklan tersebut.

Walaupun cara perniagaan ini hukumnya halal, akan tetapi ‘content’ atau isi kandungannya pula hendaklah dipastikan juga halal.

Asasnya ialah seseorang itu dilarang menceburkan diri didalam perniagaan iklan ini sehinggalah dia pasti bahawa barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan itu benar-benar HALAL. Kalau kita terlibat dengan mengiklankan barangan yang haram, maka dianggap seseorang itu telah terlibat didalam perniagaan tersebut. Iklan itu alat sahaja, akan tetapi isi kandungan iklan itu hendaklah dipastikan benar-benar halal. Firman Allah swt :-

æóÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÈöÑøö æóÇáÊøóÞúæóì æóáóÇ ÊóÚóÇæóäõæÇ Úóáóì ÇáúÅöËúãö æóÇáúÚõÏúæóÇäö
dir="ltr"> “hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)” [surah al-Maaidah : 2].

Sekian, wassalam

خيرالأمين

SJ-11-0179 : hukum buat duit dgn laman web ni..

Assalamu’alaikum

Makluman – Ada ahli forum yang menjelaskan kepada saya bahawa Surfjunky ini adalah satu penipuan. Sila rujuk kepada link dibawah ini :-

http://www.google.com.my/search?q=surfjunky.com+%2B+scam

http://scams.flipshark.com/surfjunkyscam.html

http://merkey.net/surfjunky/

Kami di al-ahkam.net cuma dapat/cuba mencari pandangan fiqh berkenaan dengan kaedah perniagaan mengunakan method ‘pengiklanan’ atau 'click', seperti Google, AskJeeve, Yahoo, AOL dsb. Akan tetapi, apakah syarikat surfjunky ini benar-benar telus didalam perniagaan, soalan ini diluar jangkauan kami. Bagi mereka yang mempunyai maklumat mengenai syarikat tertentu bolehlah memberi maklum balas kepada kami. WA.

Syurkan Akhi mdfadhli diatas maklumat diatas.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين